Dalam setiap era kemodenan, kehidupan manusia sentiasa
berkembang ke arah kesempurnaan, sehingga terwujudlah adat-istiadat,
pengetahuan, budaya, moral, kepercayaan, aturan kemasyarakatan, pendidikan,
undang-undang dan pemerintahan. Dalam perkembangannya, aturan moral ini tetap
mengalami pasang surutnya. Namun, setiap kali mengalami masa surutnya, pasti
akan muncul insan-insan yang digelar wali-wali Allah yang sentiasa berjuang
untuk mengembalikan nilai moral ke tahap yang tertinggi, sehingga nilai-nilai
ini diserapi kembali ke dalam jiwa manusia.
Perkembangan adat dan nilai
akhlak ini terjadi pula dikalangan dunia Islam sejak Allah s.w.t. telah
menjelaskan bahawa Nabi saw mempunyai moral yang paling sempurna . Nabi
s.aw.pun mengenalkan dirinya sebagai utusan yang akan menyempurnakan
keperibadian moral dan akhlak.Justeru itu, Allah s.w.t. telah menyeru umat
Islam untuk menjadikan RasulNya sebagai insan yang sentiasa dicontohi.Nabi
Muhammad s.a.w. telah berhasil membina sahabatsahabatnya menjadi
manusia-manusia sufi yang boleh dibanggakan di hadapan seluruh umat manusia.
Padahal pada waktu sebelumnya mereka adalah manusia-manusia jahiliyah yang
berada di tepi jurang neraka. Tentunya keberhasilan beliau itu tidak lain
karena bantuan Allah dan bimbingan Baginda s.a.w.Dalam kehidupan sehariannya
Nabi s.a.w. menyeru dan mempamerkan cara hidup yang sederhana, selalu
prihatin,berharap penuh keridhaan Allah dan kesenangan di akhirat, dan selalu
menjalani kehidupan sufistik dalam segala tingkah laku dan tindakannya.
Kehidupan sufistik ini dilanjutkan oleh generasi tabi’in, tabi’-tabi’in dan
seterusnya hingga kini.Perjuangan Rasulullah s.a.w. tidak berhenti setakat
masa hidupnya sahaja, namun segala ilmu-ilmu dan nilai-nilai akhlak Islamiyah
telah diwarisi oleh wali-wali yang sentiasa mendokong dan meneruskan
perjuangan Rasulullah s.a.w. sepertimana yang disifatkan oleh Allah s.w.t.
dalam salah satu hadis qudsi yang berbunyi :
“Wali-waliKu berada di bawah kubah-kubahKu. Tidak ada yang
mengetahuinya selain Aku”.
Maka wujudnya para wali-wali Allah tidak dapat dinafikan
dan mereka merupakan para kekasih Allah yang terdapat diseluruh pelusuk bumi
di mana sahaja terdapat orang yang beriman. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah
pernah mengingatkan hakikat wujudnya para wali serta karamah mereka
sebagaimana tercatit dalam kitabnya
Fatwa Ibnu Taimiyah :
“Wali Allah adalah orang-orang mukmin yang bertaqwa kepada
Allah. Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan pada
diri mereka dan mereka tidak merasa khuwatir. Mereka beriman dan bertaqwa
kepada Allah, bertaqwa dalam pengertian mentaati firman-firmanNya,
penciptaanNya, izinNya, dan kehendakNya yang termasuk dalam ruang lingkungan
agama. Semua itu kadang-kadang menghasilkan berbagai karamah pada diri mereka
sebagai hujjah dalam agama dan bagi kaum muslimin, tetapi karamah tersebut
tidak akan pernah ada kecuali dengan menjalankan syariat yang dibawa
Rasulullah s.a.w.”
Kedudukan wali hanya dapat diberikan kepada orang-orang
yang telah nyata ketaqwaannya. Sementara orang yang nyata telah melanggar
syari’ah tidak dapat diberikan kedudukan yang mulia ini. Sayangnya, di
kalangan manusia, ada orang yang mengaku bahawa dirinya adalah wali dan
memperoleh karamah dari Allah, padahal dalam kehidupannya sehari-hari mereka
tidak melaksanakan syariat Islam dengan baik sehingga mustahil bagi Allah
untuk memberikan darjat ‘wali’ kepada orang seperti ini.
Yang perlu diwaspadai juga, syaitan pun dapat membantu
manusia untuk mewujudkan keajaiban-keajaiban di mata manusia. Itulah yang
dinamakan sihir. Syaitan pun berupaya membantu seseorang menghilang dirinya
dari pandangan orang lain, dan juga memberi maklumat kejadian yang akan
datang. Dan inilah yang
sering dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak beriman
untuk menipu manusia. Maka, peri pentingnya bagi umat Islam mengetahui juga
akan perkara-perkara luar biasa yang wujud di alam ini supaya dapat
membezakan antara yang hak dan yang batil. Para wali-wali Allah juga diberi
kurniaan yang luar biasa dikenali sebagai Karamah.
Karamah adalah sesuatu pemberian Allah swt yang sifatnya
seakan-akan dengan mukjizat para nabi dan rasul, iaitu kebolehan melakukan
hal-hal yang luar biasa yang diberikan kepada orangorang yang dikasihiNya
yang dikenal sebagai wali Allah. Mudah-mudahan dengan pembentangan secebis
pengetahuan tentang wali-wali Allah dan karamah mereka ini, pintu keberkahan
para wali-wali Allah akan terbuka bagi kita, sehingga dapat kita meningkatkan
ketaqwaan dan keimanan kita kepada Yang Maha Pencipta
.
PENGERTIAN WALI DARI SEGI BAHASA
Wali dari segi bahasa bererti:-
1. Dekat. Jika seseorang sentiasa mendekatkan
dirinya kepada Allah, dengan memperbanyakkan kebajikan, keikhlasan dan
ibadah, dan Allah menjadi dekat kepadanya dengan limphan rahmat dan
pemberianNya, maka di saat itu orang itu menjadi wali.
2. Orang yang senantiasa dipelihara dan dijauhkan Allah
dari perbuatan maksiat dan ia hanya diberi kesempatan untuk taat sahaja.
Adapun asal perkataan wali diambil daripada perkataan al
wala’ yang bererti : hampir dan juga bantuan. Maka
yang dikatakan wali Allah itu orang yang menghampirkan dirinya kepada Allah
dengan melaksanakan apa yang diwajibkan keatasnya, sedangkan hatinya pula
sentiasa sibuk kepada Allah dan asyik untuk mengenal kebesaran Allah.
Kalaulah dia melihat, dilihatnya dalil-dalil kekuasaan Allah. Kalaulah dia
mendengar, didengarnya ayat-ayat atau tandatanda Allah.Kalaulah dia bercakap,
maka dia akan memanjatkan puji-pujian kepada Allah. Kalaulah dia bergerak
maka pergerakannya untuk mentaati Allah. Dan kalau dia berijtihad, ijtihadnya
pada perkara yang menghampirkan kepada Allah. Seterusnya dia tidak jemu
mengingat Allah, dan tidak melihat menerusi mata hatinya selain kepada Allah.
Maka inilah sifat wali-wali Allah. Kalau seorang hamba demikian keadaannya,
nescaya Allah menjadi pemeliharanya serta menjadi penolong dan pembantunya.
Siapakah yang digelar wali?
1. Ibnu Abas seperti yang tercatit dalam tafsir Al Khazin
menyatakan “ Wali-wali Allah itu adalah orang yang mengingat Allah
dalam melihat”.
2. Al Imam Tabari meriyawatkan daripada Saeed bin Zubair
berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya orang tentang Wali-wali Allah.
Baginda mengatakan “Mereka itu adalah orang yang apabila melihat,
mereka melihat Allah”.
3. Abu Bakar Al Asam mengatakan “Wali-wali Allah itu
adalah orang yang diberi hidayat oleh Allah dan mereka pula menjalankan
kewajiban penghambaan terhadap Allah serta menjalankan dakwah menyeru manusia
kepada Allah”.
PENGGUNAAN ISTILAH WALI DALAM AL-QURAN.
“Allah adalah wali bagi orang-orang yang beriman”.1
“Dia menjadi wali bagi orang-orang shalih”.2
“Engkau adalah wali kami, maka kurniakanlah kami
kemenangan atas orang-orang kafir”.3
1 Surah Al-Baqarah: 257
2 Surah Al-‘Araf: 196
3 Surah Al-Baqarah: 286
“Yang demikian itu adalah kerana Allah itu adalah wali bagi
orang-orang yang beriman, sedangkan orang-orang kafir tidak ada wali bagi
mereka”.4
“Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan
RasulNya”.5
4 Surah Muhammad: 11
5 Surah Al-Maidah: 55
Dari semua ayat itu dapat kita lihat bahawa Allah disebut wali,
orang mukmin disebut wali, seorang yang dewasa yang diberi
tugas melindungi dan memelihara anak kecil juga disebut wali.
Demikian juga orang yang lemah yang tidak dapat mengurus harta-bendanya
sendiri, lalu dipelihara oleh keluarga yang lain, maka keluarga tersebut itu
juga dipanggil wali. Penguasa pemerintah yang diberi tanggung
jawab pemerintahan disebut wali. Ayah atau mahram yang berkuasa
yang menikahkan anak perempuannya juga disebut wali. Lantaran
itu dapatlah kita mengambail kesimpulan makna yang luas sekali dari kalimat wali
ini. Terutama sekali ertinya ialah hubungan yang amat dekat (karib),
baik kerana pertalian darah keturunan, atau kerana persamaan pendirian, atau
kerana kedudukan, atau kerana kekuasaan atau kerana persahabatan yang karib.
Allah adalah wali dari seluruh hambaNya dan makhlukNya, kerana Dia berkuasa
lagi Maha Tinggi. Dan kuasaNya itu adalah langsung. Si makhluk tadi pun wajib
berusaha agar dia pun menjadi wali pula dari Allah. Kalau Allah sudah nyata
tegas dekat atau karib kepadanya dia pun hendaklah beraqarrub, ertinya
mendekatkan pula dirinya kepada Allah. Maka timbullah hubungan perwalian yang
timbal balik. Segala usaha memperkuatkan iman, memperteguhkan takwa,
menegakkan ibadah kepada Allah menurut garis-garis yang ditentukan oleh Allah
dan RasulNya, semuanya itu adalah usaha dan ikhtiar mengangkat diri menjadi
wali Allah. Segala amal salih, sebagai kesan dari iman yang mantap, adalah
rangka usaha mengangkat diri menjadi wali.
Dari Segi Penggunaan
Wali pada mafhumnya bererti :-
1. Seseorang yang senantiasa taat kepada Allah tanpa
menodainya dengan perbuatan dosa sedikitpun.
2. Seseorang yang sentiasa mendapat perlindungan dan
penjagaan, sehingga ia senantiasa taat kepada Allah tanpa melakukan dosa
sedikit pun, meskipun ia dapat melakukannya.
DALIL-DALIL WUJUDNYA WALI ALLAH DARI ALQURAN DAN AS-SUNNAH
Dari Al-quran
Pertama
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak
ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereka
itu ialah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Dan bagi
mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”6
6 Surah Yunus: 62- 64
Dalam ayat ini Allah swt. menyatakan bahawa para wali-wali
Allah itu mendapat berita gembira, baik di dunia mahu pun di akhirat. Apakah
yang dimaksudkan dengan berita gembira (Busyra) itu?
Pengertian Al-Busyra (Berita Gembira)
Yang dimaksudkan dengan berita gembira di kehidupan dunia
adalah:
1. Mimpi yang baik seperti yang tersebut di dalam hadis:
“Al busyraa adalah mimpi yang baik yang dilihat oleh
seorang mukmin atau yang diperlihatkan baginya”7
“Mimpi yang baik adalah seperempat puluh enam bahagian
dari kenabiaan.”
2. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan berita
yang gembira di dunia ialah turunnya malaikat untuk menyampaikan berita
gembira kepada seseorang mukmin yang sedang sakaratul maut.
3. Ada pula yang mengatakan bahawa yang dimaksud dengan
berita yang gembira di dunia ialah turunnya malaikat kepada seorang mukmin
yang sedang sakaratul maut yang memperlihatkan tempat yang akan disediakan
baginya di dalam syurga, seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt.:
7 Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim, menurut
Al Hakim hadis ini sahih
“Para malaikat turun kepada mereka sambil mengatakan:
“Janganlah kamu takut dan janganlah kamu susah dan
bergembirakah kamu dengan syurga yang pernah dijanjikan
kepada
kamu”8
8 Surah Fushshilat: 62
4. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan
berita yang gembira di dunia ialah pujian dan kecintaan dari orang banyak
kepada seorang yang suka beramal saleh, seperti yang disebutkan dalam hadits
berikut:
“Abu Dzar menuturkan bahawa ada seorang yang bertanya
kepada Rasulullah: “Apakah pandanganmu jika ada seseorang yang suka beramal
saleh, sehingga ia dipuji oleh orang ramai?” Sabda beliau: “Itu adalah berita
gembira kepada seorang mukmin.”
5. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan
berita yang gembira di dunia ialah karamah dan dikabulkannya segala
permintaan seorang mukmin ketika ia masih di dunia, sehingga segala
keperluannya dipenuhi oleh Allah dengan segera. Seorang ulama berkata: “Jika
seorang mukmin rajin beribadah, maka hatinya bercahaya, dan pancaran
cahayanya melimpah ke wajahnya, sehingga terlihat pada wajahnya tanda khusyu’
dan tunduk kepada Allah, sehingga ia dicintai dan dipuji oleh banyak orang,
itulah tanda kecintaan Allah kepadanya, dan itulah berita gembira yang
didahulukan baginya ketika ia di dunia.”
Semua keterangan di atas adalah benar. Sedangkan berita
gembira yang sebenarnya adalah kesempatan yang diberikan oleh Allah kepada
seorang mukmin untuk rajin beribadah dan keasyikannya untuk beramal saleh.
Manakala, yang dimaksudkan dengan berita gembira di akhirat ialah:
1. Syurga beserta segala macam kesenangannya yang bersifat
abadi, seperti yang disebutkan dalam firman Allah yang ertinya:
“Iaitu pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki
dan perempuan, sedangkan cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan
mereka, (dikatakan kepada mereka):
“Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga
yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah
kejayaan yang besar.”9
9 Surah Al Hadiid: 12
2. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan
berita gembira di akhirat ialah sambutan baik dari para malaikat kepada kaum
Muslimin di akhirat, iaitu ketika mereka diberi berita gembira dengan
keberhasilan, diputihkannya wajah-wajah mereka dan diberikannya buku catatan
amal-amal mereka dari sebelah kanan dan disampaikannya salam dari Allah
kepada mereka dan beberapa berita gembira yang lain.
TANDA-TANDA WALI ALLAH
1. Jika melihat mereka, akan mengingatkan kita kepada
Allah swt.
Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya: “Ia pernah mendengar Rasulullah
saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu
adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun
mengingati mereka.”10
10 Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunannya dan Abu Nu’aim
dalam Hilya jilid I hal. 6
Dari Said ra, ia berkata: “Ketika Rasulullah saw
ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah
adalah orang-orang yang jika
dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”11
11 Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan
Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6).
2. Jika mereka tiada, tidak pernah orang mencarinya.
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: “Pada
suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang
menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai
Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka
menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya,
dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam
petunjuk dan para pelita ilmu.”12
12 Hadis riwayat Nasa’i, Al Bazzar dan Abu Nu’aim di dalam
Al Hilyah jilid I hal. 6
3. Mereka bertakwa kepada Allah.
Allah swt berfirman: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali
Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka
bersedih hati Mereka itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu
bertaqwa.. Dan bagi mereka
diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan
akhirat”13
Abul Hasan As Sadzili pernah berkata: “Tanda-tanda
kewalian seseorang adalah redha dengan qadha, sabar dengan cubaan,
bertawakkal dan kembali kepada Allah ketika ditimpa bencana.”14
13 Surah Yunus: 62 – 64
14 Hadisriwayat.Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104
4. Mereka saling menyayangi dengan sesamanya.
Dari Umar Ibnul Khattab ra berkata:
“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba
Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para
syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti
kedudukan mereka di sisi Allah.”
Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa
amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih
sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah mahupun harta di
antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di
atas mimbarmimbar dari cahaya, mereka tidak akan takut dan susah.”
Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang
artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran
terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”15
15 Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I,
hal 5
5. Mereka selalu sabar, wara’ dan berbudi pekerti yang
baik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra bahwa“Rasulullah saw
bersabda:
“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia
akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikan perasaannya di saat
marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”16
“Rasulullah
saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan
orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak
takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang
berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar,
berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua
itu demi untuk mendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal
kerana takut akan shubhahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan
badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka
menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung
mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian
Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda:
“Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka, maka
Allah akan menjauhkan siksaNya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh
jalan mereka, sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka, maka ia
akan mendapati siksa yang berat.”17
16 Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Al Auliya’
17 Hadis riwayat Abu Hu’aim dalam kitab Al Hilya
7. Mereka selalu terhindar ketika ada bencana.
Dari Ibnu Umar ra, katanya:
Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai
hamba-hamba yang diberi makan dengan rahmatNya dan diberi hidup dalam
afiyahNya, jika Allah mematikan mereka, maka mereka akan dimasukkan ke dalam
syurgaNya. Segala bencana yang tiba akan lenyap secepatnya di hadapan mereka,
seperti lewatnya malam hari di hadapan mereka, dan mereka tidak terkena
sedikitpun oleh bencana yang datang.”18
18 Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I
hal 6
8. Hati mereka selalu terkait kepada Allah.
Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i:
“Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama
Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan
punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah mereka dan dimanakah
mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi
Allah, jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat
mulia. Dengan mereka, Allah menjaga agamaNya dan syariatNya, sampai dapat
diterima oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh
keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan.
Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam
malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para da’I kepada
agamaNya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”19
19 Nahjul Balaghah hal 595 dan Al Hilya jilid 1 hal. 80
9. Mereka senang bermunajat di akhir malam.
Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham
kepada para siddiq: “Sesungguhnya ada hamba-hambaKu yang mencintaiKu dan
selalu merindukan Aku dan Akupun demikian. Mereka suka mengingatiKu dan
memandangKu dan Akupun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka, maka Aku
mencintaimu. Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka, maka Aku
murka kepadamu. “ Tanya seorang siddiq: “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?”
Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri
mereka, seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh
kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung
merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi
oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan
kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya. Mereka merendahkan
dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit, menangis,
mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu.
Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka Aku beri tiga kurniaan: Pertama,
mereka Aku beri cahayaKu di dalam hati mereka, sehingga mereka dapat
menyampaikan ajaranKu kepada manusia. Kedua, andaikata langit dan bumi dan
seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari
keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan
tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?”20
20 Ihya’ Ulumuddin jilid IV hal 324 dan Jilid I hal 358
10. Mereka suka menangis dan mengingat Allah.
‘Iyadz ibnu Ghanam menuturkan bahwa ia pernah mendengar
Rasulullah saw bersabda: “Malaikat memberitahu kepadaku: “Sebaik-baik umatku
berada di tingkatan-tingkatan tinggi. Mereka suka tertawa secara terang, jika
mendapat nikmat dan rahmat dari Allah, tetapi mereka suka menangis secara
rahsia, kerana mereka takut mendapat siksa dari Allah. Mereka suka mengingat
Tuhannya di waktu pagi dan petang di rumah-rumah Tuhannya. Mereka suka berdoa
dengan penuh harapan dan ketakutan. Mereka suka memohon dengan tangan mereka
ke atas dan ke bawah. Hati mereka selalu merindukan Allah. Mereka suka
memberi perhatian kepada manusia, meskipun mereka tidak dipedulikan
orang.Mereka berjalan di muka bumi dengan rendah hati, tidak congkak, tidak
bersikap bodoh dan selalu berjalan dengan tenang. Mereka suka berpakaian
sederhana. Mereka suka mengikuti nasihat dan petunjuk Al Qur’an. Mereka suka
membaca Al Qur’an dan suka berkorban. Allah suka memandangi mereka dengan
kasih sayangNya. Mereka suka membahagikan nikmat Allah kepada sesama mereka
dan suka memikirkan negeri-negeri yang lain. Jasad mereka di bumi, tapi
pandangan mereka ke atas. Kaki mereka di tanah, tetapi hati mereka di langit.
Jiwa mereka di bumi, tetapi hati mereka di Arsy. Roh mereka di dunia, tetapi
akal mereka di akhirat. Mereka hanya memikirkan kesenangan akhirat. Dunia
dinilai sebagai kubur bagi mereka. Kubur mereka di dunia, tetapi kedudukan
mereka di sisi Allah sangat tinggi. Kemudian beliau menyebutkan firman Allah
yang artinya:“Kedudukan yang setinggi itu adalah untuk orang-orang yang
takut kepada hadiratKu dan yang takut kepada ancamanKu.”21
21 Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Hilya jilid I, hal 16
11. Jika mereka berkeinginan, maka Allah memenuhinya.
Dari Anas ibnu Malik ra berkata: “Rasul saw
bersabda:“Berapa banyak manusia lemah dan dekil yang selalu dihina orang,
tetapi jika ia berkeinginan, maka Allah memenuhinya, dan Al Barra’ ibnu
Malik, salah seorang di antara mereka.”
Ketika Barra’ memerangi kaum musyrikin, para sahabat:
berkata: “Wahai Barra’, sesungguhnya Rasulullah saw pernah bersabda:
“Andaikata Barra’ berdoa, pasti akan terkabul. Oleh kerana itu, berdoalah
untuk kami.” Maka Barra’ berdoa, sehingga kami diberi kemenangan.
Di medan peperangan Sus, Barra’ berdo’a: “Ya Allah, aku
mohon, berilah kemenangan kaum Muslimin dan temukanlah aku dengan NabiMu.”
Maka kaum Muslimin diberi kemenangan dan Barra’ gugur sebagai syahid.
12. Keyakinan mereka dapat menggoncangkan gunung.
Abdullah ibnu Mas’ud pernah menuturkan:
“Pada suatu waktu ia pernah membaca firman Allah: “Afahasibtum
annamaa khalaqnakum ‘abathan”, pada telinga seorang yang pengsan, maka
dengan izin Allah, orang itu segera sedar, sehingga Rasuulllah saw bertanya
kepadanya: “Apa yang engkau baca di telinga orang itu?” Kata Abdullah: “Aku
tadi membaca firman Allah: “Afahasibtum annamaa khalaqnakum‘abathan” sampai
akhir surah.” Maka Rasul saw bersabda: “Andaikata seseorang yakin
kemujarabannya dan ia membacakannya kepada suatu gunung, pasti gunung itu
akan hancur.”22
22 Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam Al Hilya jilid I hal 7
BAGAIMANAKAH SESEORANG ITU MENJADI WALI ALLAH
Sesesorang itu menjadi wali dengan salah satu dari dua
cara iaitu:-
1. Kerana Kurnia Allah
Adakalanya seorang menjadi wali kerana mendapat kurnia
dari Allah meskipun ia tidak pernah dibimbing oleh seorang syeikh mursyid.
Allah berfirman:
“Allah menarik kepada agama ini orang yang di kehendakiNya
dan memberi petunjuk kepada agamaNya orang yang suka kembali kepadaNya.”23
23 Surah A-Syuara’ : 13
2. Kerana Usaha Seseorang
Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadits Qudsi:
“Allah berfirman: “Seorang yang memusuhi waliKu, maka Aku
akan mengumumkan perang kepadanya. Tidak seorang pun dari hambaKu yang
mendekat dirinya kepadaKu dengan amal-amal fardhu ataupun amal-amal sunnah
sehinggai Aku menyayanginya. Maka pendengarannya, pandangannya, tangannya dan
kakinya Aku beri kekuatan. Jika ia memohon sesuatu atau memohon perlindungan,
maka Aku akan berkenan mengabulkan permohonannya dan melindunginya. Belum Aku
merasa berat untuk melaksanakan sesuatu yang Aku kehendaki seberat ketika Aku
mematikan seorang mukmin yang takut mati, dan Aku takut mengecewakannya.”24
24 Hadis riwayat Al-Bukhari
APAKAH SEORANG WALI MENGETAHUI BAHAWA DIRINYA SEORANG
WALI?
Tentang hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Di
antara mereka, ada yang berpendapat bahawa seorang wali tidak mengetahui
bahawa dirinya adalah seorang wali. Sebab, ada kemungkinan pengetahuannya
tentang dirinya dapat menghilangkan rasa takutnya kepada Allah dan ia merasa
senang.
Tetapi, ada pula yang berpendapat bahwa seorang wali tahu
bahwa dirinya seorang wali. Syeikh Al Qusyairi berkata: “Menurut kami, tidak
semua wali mengetahui bahawa dirinya seorang wali. Tetapi ada pula yang
mengetahui bahawa ia adalah seorang wali. Jika seorang wali mengetahui bahwa
dirinya seorang wali, maka pengetahuannya itu adalah sebahagian dari
karamahnya yang sengaja diberikan
kepadanya secara khusus.”25
25 Risalah Al Qusyairiyah jilid II hal 662
TINGKATAN PARA WALI ALLAH
Seperti para nabi-nabi dan rasul-rasul yang martabat serta
kedudukan mereka tidak sama di antara satu sama lain, para Aulia juga diberi
martabat berlainan. Di kalangan para Anbia dan Rasul yang jumlahnya sangat
ramai itu pun (Nabi lebih 124,000 dan Rasul 315) yang wajib diketahui hanya
25 orang sahaja (Nabi dan Rasul) sedangkan yang bakinya tidak wajib
diketahui. Daripada 25 orang Nabi dan Rasul itu ada pula lima orang yang dikurniakan
martabat tinggi, dipanggil ‘Ulul Azmi’, iaitu Muhammad s.a.w., Ibrahim
a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Nuh a.s. Para Aulia juga mempunyai martabat
yang berbeza-beza. Namun tidak ada siapa yang dapat mengenal pasti siapakah
di antara para Aulia itu yang tertinggi martabatnya kecuali Allah, kerana
fungsi atau peranan para nabi dan Rasul. Seperti dijelaskan dahulu, para nabi
dan rasul yang diutus kepada manusia harus membuktikan bahawa mereka
dibekalkan oleh mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Tetapi para Aulia tidak wajib membuktikan diri mereka
sebagai Aulia melalui karamah yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.
Bahkan para Aulia dikehendaki merahsiakan kewalian mereka, apalagi martabat
mereka, kecuali dalam keadaan darurat atau terdesak sahaja. Sebab itu para
Aulia tidak dapat dikenal pasti yang lebih tinggi martabatnya daripada yang
lain, sedangkan bilangan mereka sangat ramai. Mungkin martabat para Aulia itu
dapat dikenal hanya melalui karamah mereka, sedangkan karamah mereka pun tidak
wajib ditontonkan kepada orang ramai, kecuali jika terdesak. Tingkatan para
wali dapat dibahagikan kepada beberapa tingkatan sesuai dengan kedudukan
mereka masing-masing di sisi Allah swt. Di antara mereka ada yang terbatas
jumlahnya di setiap masanya, tetapi ada pula yang tidak terbatas jumlahnya
Sehubungan dengan hal ini, Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi memberikan penjelasan
tentang tingkatan dan pembahagian para wali seperti yang diterangkan dalam
kitabnya FUTUHATUL MAKKIYAH pada bab ke tujuh puluh tiga yang
diringkas oleh Syeikh Al Manawi dalam mukaddimah Thabaqat Sughrahnya sebagai
berikut:
PEMBAHAGIAN WALI-WALI ALLAH
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal
dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini
dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi.
Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk
setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid
Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan,
meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para
Khulafa’ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul
Aziz dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal
dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya
hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah.
Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke
alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat
saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal
dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh
darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami
menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco.
Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka
bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal
dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh
darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali
Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini.
Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh
seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan
digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah
pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan
apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash:
“Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering
lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri”.
5. An-Nuqaba’
An Nuqaba’ berasal
dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah
wali Nuqaba’ dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba’ itu
diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan
mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati
seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib
seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal
ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia
seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka
rahsia seseorang kepada seorang waliNya?
6. An-Nujaba’
An Nujaba’ berasal
dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali
Nujaba’ pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan
sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri
mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah
wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman
jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal
dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali
Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali
Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan diganti orang lain. Di zaman Nabi
hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy
seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi: “Setiap Nabi mempunyai Hawariy.
Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam”. Walaupun pada waktu itu Nabi
mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau.
Tetapi beliau saw berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair
sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy
biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.
8. Al-Rajbiyun
Ar Rajbiyun berasal
dari kata tunggal Rajab. Wali Rajbiyun itu adanya hanya pada bulan
Rajab saja. Mulai awal Rajab hingga akhir bulan mereka itu ada. Selanjutnya
keadaan mereka kembali biasa seperti semula. Setiap masa, jumlah mereka hanya
ada empat puluh orang sahaja. Para wali Rajbiyun ini berpecah di berbagai
wilayah. Di antara mereka ada yang saling mengenal, tapi kebanyakannya tidak.
Disebutkan bahawa ada sebahagian orang dari Wali Rajbiyun
yang dapat melihat hati orang-orang Syiah melalui kasyaf. Ada dua orang Syiah
yang mengaku sebagai Ahlu Sunnah dihadapan seorang wali Rajbiyun. Lalu
keduanya diusir, kerana wali Rajbiyun itu melihat keduanya berupa dua ekor
babi, sebab keduanya membenci Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat lain.
Keduanya hanya mencintai Ali dan sejumlah sahabatnya. Ketika keduanya
bertanya padanya, maka si wali tersebut berkata: “Aku lihat kamu berdua
berupa dua ekor babi, kerana kamu menganut mazhab Syiah dan membenci para
sahabat Nabi”. Ketika berita itu disedari kebenarannya oleh keduanya, maka
keduanya mengaku benar dan segera memohon ampun kepada Allah. Demikianlah
secebis kisah kasyaf seorang wali Rajbiyun.
Pada umumnya, di bulan Rajab, sejak awal harinya, para
wali Rajbiyun menderita sakit, sehingga mereka tidak dapat menggerakkan
anggota tubuhnya. Selama bulan Rajab, mereka senantiasa mendapat berbagai
pengetahuan secara kasyaf, kemudian mereka memberitahukannya kepada orang
lain. Anehnya penderitaan mereka hanya berlangsung di bulan Rajab. Setelah
bulan Rajab berakhir, maka kesehatan mereka kembali seperti semula.
9. Al-Khatamiyun
Al Khatamiyun berasal
dari kata Khatam yang mempunyai erti penutup atau penghabisan.
Maksudnya darjat AlKhatamiyun adalah sebagai penutup para wali. Jumlah mereka
hanya seorang. Tidak ada darjat kewalian umat Muhammad yang lebih tinggi dari
tingkatan ini. Jenis wali ini hanya akan ada di akhir masa, iaitu ketika Nabi
Isa as.datang kembali.
Di antaranya, ada para Wali yang hatinya seperti Nabi Adam
as. Jumlah mereka hanya tiga ratus orang. Sabda Nabi saw: “Mereka berhati
seperti hati Adam as”. Mereka diberi anugerah tersendiri oleh Allah swt.
Syeikh Muhyidin berkata: “Jumlah wali jenis ini bukan hanya tiga ratus orang
saja dikalangan umatnya, tetapi ada juga dikalangan umat-umat lain. Tentang
keberadaan mereka hanya dapat diketahui secara kasyaf. Setiap masanya dunia
tidak pernah kosong dari keberadaan mereka. Mereka mempunyai budi pekerti
Ilahi, mereka amat dekat disisi Allah. Doa mereka selalu diterima oleh Allah.
Mereka senang dengan doa: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
kami suka menganiaya diri kami. Jika Engkau tidak berkenan memberi ampunan
dan kasih sayang kepada kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang
rugi”. Di antara mereka ada pula yang berhati seperti hati Nabi Nuh as.
Jumlah mereka hanya empat puluh orang di setiap zamannya. Hati mereka seperti
hatinya Nabi Nuh as. Beliau adalah Nabi dan Rasul pertama. Mereka suka
berdoa, seperti doa Nabi Nuh as yang ertinya: “TuhanKu, ampunilah aku dan
kedua orang tuaku dan sesiapa sahaja dari orang beriman, lelaki ataupun
wanita yang masuk ke dalam rumahku dan jangan Engkau tambahkan bagi orang-orang
yang berbuat aniaya kecuali kebinasaan”. Tingkatan wali dari jenis ini sukar
diraih orang, sebab ciri khas mereka sangat keras dalam menegakkan agama,
seperti sifat Nabi Nuh as. Mereka selalu memperhatikan sabda Nabi saw yang
ertinya: “Barangsiapa yang beribadah selama empat puluh hari dengan penuh
ikhlas, maka akan terpancar ilmu hakikat dari lubuk hatinya ke lidahnya”.
Di antaranya pula ada yang berhati seperti hati Nabi
Ibrahim. Jumlah wali jenis ini hanya ada tujuh orang dalam setiap zamamnya.
Rasulullah saw pernah menceritakan tentang mereka dalam salah satu sabdanya.
Mereka suka dengan doa
Nabi Ibrahim as yang ertinya: “Tuhanku, berikan kepadaku
kebijaksanaan, dan ikutkan aku kepada orang-orang salih”. Mereka diberi
keistimewaan yang luar biasa, hati mereka dibersihkan dari rasa ragu, rasa
dengki dan rasa buruk sangka terhadap Khalik maupun makhluk, mereka
terlindung dari sebarang perbuatan buruk. Syeikh Muhyiddin berkata: “Aku
pernah menemui salah seorang dari jenis wali tersebut, aku kagum dengan kemuliaan
budi pekertinya, luas pengetahuannya dan kesucian hatinya, sampai aku
beranggapan bahwa kesenangan syurga telah dipercepatkan baginya”. Di
antaranya pula ada yang berhati seperti hati Malaikat Jibril. Jumlah wali
jenis ini hanya ada lima orang sahaja dalam setiap zamannya. Rasulullah saw
pernah menyebut tentang mereka dalam salah satu sabdanya. Mereka diberi
kekuatan seperti yang diberikan kepada malaikat Jibril yang amat kuat.
Di hari kiamat kelak, mereka akan dikumpulkan dengan
malaikat Jibril. Dan malaikat Jibril senantiasa membantu rohani mereka,
sehingga mereka selalu terpimpin. Di antaranya pula ada yang berhati seperti
hati Malaikat Mikail as. Jumlah mereka hanya ada tiga orang sahaja dalam
setiap masanya. Keistimewaan mereka suka berlemahlembut terhadap semua orang,
dan mereka diberi kekuatan seperti Malaikat Mikail. Di antaranya pula ada
yang berhati seperti hati Malaikat Israfil. Jumlah mereka hanya ada satu
orang sahaja dalam setiap zamann. Nabi saw pernah menyebut tentang mereka
dalam salah satu sabdanya. Menurut pengamatan kami,Syeikh Abu Yazid Al
Bustami termasuk salah seorang dari jenis wali ini. Termasuk juga Nabi Isa
as. Syeikh Al Muhyiddin berkata: “Di antara tokoh-tokoh sufi ada yang diberi
hati seperti hati Nabi Isa, kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah
swt”. Di antaranya pula ada yang diberi hati seperti hati Nabi Daud as.
Jumlah mereka di setiap masa hanya terbatas beberapa orang saja. Mereka
diberi berbagai keistimewaan, kedudukan tinggi di dunia dan ketebalan iman.
10. Rijalul Ghaib
Di antaranya pula ada yang diberi pangkat Rijalul Ghaib
atau manusia-manusia misteri. Jumlah wali jenis ini hanya sepuluh orang
di setiap masa. Mereka orang-orang yang selalu khusyu’, mereka tidak
berbicara kecuali dengan perlahan atau berbisik, kerana mereka merasa bahwa
Allah swt selalu mengawasi mereka. Mereka sangat misteri, sehingga keberadaan
mereka tidak banyak dikenal kecuali oleh ahlinya. Mereka selalu rendah hati,
malu dan mereka tidak banyak mementingkan kesenangan dunia. Boleh dikata segala
tindak tanduk mereka selalu misteri. Di antaranya pula ada yang selalu
menegakkan agama Allah. Jumlah mereka hanya lapan belas orang di setiap masa.
Ciri khas mereka adalah selalu menegakkan hukum-hukum Allah. Dan mereka
bersikap keras terhadap segala penyimpangan.
Syeikh Abu Madyan termasuk salah seorang di antara mereka.
Beliau berkata kepada murid-muridnya: “Tampilkan kepada manusia tanda redha
kamu sebagaimana kamu menampilkan rasa ketidaksenangan kamu, dan perlihatkan
kepada manusia segala nikmat yang diberikan Allah, baik
yang zahiriyah mahupun batiniyah seperti yang dianjurkan Allah dalam
firmanNya berikut:
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaknya engkau
menyebut-nyebutnya sebagai tanda bersyukur”26
26 Surah Adh Dhuha: 11
11. Rijalul Quwwatul Ilahiyah
Di antaranya pula ada wali yang dikenal dengan nama Rijalul
Quwwatul Ilahiyah ertinya orang-orang yang diberi kekuatan oleh Tuhan.
Jumlah mereka hanya lapan orang sahaja di setiap zaman. Wali jenis ini
mempunyai keistimewaan, iaitu sangat tegas terhadap orang-orang kafir dan
terhadap orang-orang yang suka memperkecilkan agama. Sedikit pun mereka tidak
takut oleh kritikan orang. Di kota Fez ada seorang yang bernama Abu Abdullah
Ad Daqqaq. Beliau dikenal sebagai seorang wali dari jenis Rijalul Quwwatul
Ilahiyah. Di antaranya pula ada jenis wali yang sifatnya keras dan tegas.
Jumlah mereka hanya ada 5 orang disetiap zaman. Meskipun watak mereka tegas,
tetapi sikap mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang suka berbuat
kebajikan.
12. Rijalul Hanani Wal Athfil Ilahi
Di antaranya pula ada jenis wali yang dikenal dengan nama Rijalul
Hanani Wal Athfil Illahi ertinya mereka yang diberi rasa kasih sayang
Allah. Jumlah mereka hanya ada lima belas orang di setiap zamannya. Mereka
selalu bersikap kasih sayang terhadap manusia baik terhadap yang kafir
mahupun yang mukmin. Mereka melihat manusia dengan pandangan kasih sayang,
kerana hati mereka dipenuhi rasa insaniyah yang penuh rahmat.
13. Rijalul Haibah Wal Jalal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul
Haibah Wal Jalali. Jumlah mereka hanya empat orang di setiap masa. Jenis
wali tingkatan ini dikenal sebagai orang-orang yang hebat dan mengkagumkan,
meskipun sifat mereka lemah lembut, tetapi orang-orang yang menemui mereka
akan tunduk. Mereka tidak dikenal di bumi, tapi mereka adalah orang-orang
yang dikenal di langit. Di antara mereka ada yang mempunyai hati seperti Nabi
Muhammad saw, ada pula yang mempunyai hati seperti Nabi Syuaib, Nabi
Salleh dan Nabi Hud. Sayyid Muhyiddin berkata: “Aku pernah menemui wali
golongan ini di kota Damsyik”.
14. Rijalul Fathi
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul
Fathi. Ertinya rahsia-rahsia Allah swt selalu terbuka bagi mereka. Jumlah
mereka hanya ada 24 orang di setiap masanya. Jumlah mereka sama dengan
bilangan jam, yaitu 24 orang. Meskipun demikian, mereka tidak pernah
berkumpul di satu tempat dalam jumlah sebanyak itu. Adanya mereka menyebabkan
terbukanya pintu-pintu pengetahuan, baik yang nyata mahupun yang rahsia.
15. Rijalul Ma’arij Al’-‘Ula
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam kelompok Rijalul
Ma’arij Al ‘Ula. Jumlah mereka hanya tujuh orang di setiap masa. Mereka
termasuk wali-wali tingkatan tinggi, hamper setiap saatnya mereka naik ke
alam malakut, mereka adalah orang-orang pilihan.
16. Rijalu Tahtil Asfal
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu
Tahtil Asfal, iaitu mereka yang berada di alam terbawah di bumi. Jumlah
mereka tidak lebih dari 21 orang di setiap masa. Ciri khas wali ini, hati
mereka selalu hadir di hadapan Allah.
17. Rijalul Imdadil Ilahi Wal Kaun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul
Imdadil Ilahi Wal Kauni, iaitu mereka yang selalu mendapat kurniaan
Ilahi. Jumlah mereka tidak lebih dari tiga orang di setiap masa. Mereka selalu
mendapat pertolongan Allah untuk menolong manusia sesamanya. Sikap mereka
dikenal lemah lembut dan berhati penyayang. Mereka senantiasa menyalurkan
anugerah-anugerah Allah kepada manusia. Pokoknya, adanya mereka menunjukkan
berpanjangannya kasih sayang Allah kepada makhlukNya.
18. Ilahiyun Rahmaniyun
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Ilahiyun
Rahmaniyun, iaitu manusia-manusia yang diberi rasa kasih sayang yang luar
biasa. Jumlah mereka ini hanya tiga orang di setiap masa. Sifat mereka
seperti wali-wali Abdal, meskipun mereka tidak termasuk didalamnya. Kegemaran
mereka suka mengkaji firman-firman Allah.
19. Rijalul Istithaalah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul
Istithaalah, iaitu manusia-manusia yang selalu mendapat pertolongan
Allah. Jumlah mereka hanya seorang dalam setiap masa. Yang termasuk kelompok
ini adalah Syeikh Abdul Qadir Jilani. Mereka selalu menolong manusia dan
mereka sangat ditakuti.
20. Rijalul Ghina Billah
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalul
Ghina Billah, iaitu orang-orang yang tidak memerlukan kepada manusia
sedikit pun. Jumlah mereka hanya dua orang di setiap masanya. Mereka selalu
mendapat siraman rohani dari alam malakut, sehingga kelompok ini tidak
memerlukan kepada bantuan sesiapa pun, selain bantuan Allah.
21. Rijalu ‘Ainut Tahkim Waz Zawaid
Di antaranya pula ada yang termasuk dalam golongan Rijalu
‘Ainut Tahkim Waz Zawaid. Jumlah mereka hanya sepuluh orang di setiap
zamannya. Mereka senantiasa meningkatkan keyakinannya terhadap
masalah-masalah yang ghaib. Seluruh hidup mereka terlihat aktif di semua
aktivitas ibadah.
22. Rijalul Isytiqaq
Diantaranya pula ada yang termasuk dalam golongan RijalulIsytiqaq,
iaitu mereka yang selalu rindu kepada Allah. Jumlah mereka hanya lima orang
di setiap zamannya. Kegemaran mereka hanya memperbanyakkan solat di siang
hari dan di malam hari.
23. Al-Mulamatiyah
Di antaranya, ada yang termasuk dalam golongan Al
Mulamatiyah. Mereka tergolong dari wali darjat yang tinggi, pimpinan
tertingginya adalah Nabi Muhammad saw. Mereka sangat berhati-hati dalam
melaksanakan syariat Islam. Segala sesuatu mereka tempatkan di tempatnya yang
tepat. Tindak tanduk mereka selalu didasari rasa takut dan hormat kepada
Allah. Sudah tentu keberadaan mereka sangat diperlukan, meskipun mereka tidak
terbatas. Ada kalanya jumlah mereka meningkat, tetapi ada kalanya pula jumlah
mereka berkurangan.
24. Al-Fuqara’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan AlFuqara’.
Jumlah mereka ada kalanya meningkat dan ada kalanya berkurangan. Ciri khas
mereka ini selalu merendahkan diri. Mereka merasa rendah di hadapan Allah.
25. As-Sufiyyah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam kelompok As
Sufiyyah. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya membesar dan ada
kalanya pula berkurangan. Mereka dikenal sebagai wali yang amat luhur budi
pekertinya. Mereka selalu menghias diri mereka dengan kebajikan-kebajikan
yang sesuai dengan ketinggian budi pekerti mereka.
26. Al-‘Ibaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al
‘Ibaad. Mereka dikenali sebagai orang-orang yang suka beribadah.
Pokoknya, ibadah merupakan kegiatan mereka sehari-hari, mereka suka
mengasingkan diri di gunung-gunung, di lembah-lembah dan di pantai-pantai. Di
antara mereka ada yang mahu bekerja, tetapi kebanyakan dari mereka
meninggalkan semua kegiatan duniawi. Puasa sepanjang masa dan beribadah di
malam hari merupakan syiar mereka. Sebab, menurut mereka dunia ini adalah
tempat untuk menyuburkan amal-amal di akhirat. Abu Muslim Al Khaulani adalah di
antara wali tingkatan ini. Biasanya jika ia merasa letih ketika beribadah di
malam hari, maka ia memukul kedua kakinya seraya berkata: “Kamu berdua lebih
pantas dipukul dari binatang ternakanku”.
27. Az-Zuhaad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Az
Zuhaad. Mereka termasuk orang-orang yang suka meninggalkan kesenangan
duniawi. Mereka mempunyai harta, tetapi mereka tidak pernah menikmatinya
sedikitpun, sebab, seluruh hartanya mereka nafkahkan pada jalan Allah. Sayyid
Muhyiddin berkata: “Di antara bapa saudaraku ada yang tergolong dari wali
tingkatan ini”. Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah At Tunisi, seorang ahli
ibadah di masanya, ia dikenal sebagai salah seorang wali Az Zuhad. Pada suatu
hari, penguasa kota Tilmasan menghampiri tempat Syeikh Abdullah seraya
berkata kepadanya: “Wahai Syeikh Abdullah, apakah aku boleh solat dengan
pakaian kebesaranku ini?” Mendengar pertanyaan itu, Syeikh Abdullah tertawa.
Tanya si penguasa: “Mengapa engkau tertawa, wahai Syeikh? Jawab Syeikh
Abdullah: “Aku tertawa kerana lucunya pertanyaanmu tadi, sebab mengapa engkau
bertanya kepadaku seperti itu, padahal pakaianmu dan makananmu dari harta
yang haram?” Mendengar jawaban Syeikh Abdullah seperti itu, maka si penguasa
menangis dan menyatakan taubatnya kepada Syeikh, selanjutnya ia meninggalkan
kekuasaannya demi untuk mengabdikan diri kepada Syeikh Abdullah, sehingga
beliau berkata: “Mintalah doa kepada Yahya Bin Yafan, sesungguhnya ia adalah
seorang penguasa dan seorang ahli zuhud, andaikata aku diuji sepertinya, mungkin
aku tidak dapat melaksanakannya”.
28. Rijalul Maa’i
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Rijalul
Maa’i. Mereka adalah para wali yang senantiasa beribadah di
pinggir-pinggir laut dan sungai. Mereka tidak banyak dikenal, kerana mereka suka
mengasingkan diri. Disebutkan, bahwa Syeikh Abu Saud Asy Syibli pernah berada
di pinggir sungai Dajlah di Baghdad. Ketika hatinya bergerak: “Apakah ada di
antara hamba-hamba Allah yang beribadah di dalam air?” Tiba-tiba ada seorang
yang muncul dari dalam air seraya berkata: “Ada, wahai Abu Saud. Di antara
hamba-hamba Allah ada juga yang beribadah di dalam air dan aku termasuk di
antara mereka. Aku berasal dari negeri Takrit, aku sengaja keluar, kerana
beberapa hari mendatang akan terjadi musibah di negeri Baghdad”. Kemudian ia
menghilang ke dalam air. Kata Abu Saud: “Ternyata tidak lebih dari lima belas
hari musibah memang terjadi.”
29. Al-Afrad
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al
Afrad. Mereka termasuk wali-wali berkedudukan tinggi. Di antara mereka
adalah Syeikh Muhammad Al ‘Awani, sahabat karib Syeikh Abdul Qodir Al
Jailani. Mereka ini jarang dikenal manusia awam, kerana kedudukan mereka
terlalu tinggi. Jumlah mereka tidak terbatas. Ada kalanya jumlah mereka
meningkat dan ada kalanya pula berkurangan.
30. Al-Umana’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al
Umana’ artinya orang-orang yang dapat diberikan kepercayaan. Di antara
mereka adalah Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, sepertimana yang disebutkan oleh Nabi
saw: “Abu Ubaidah adalah orang yang paling dapat diberi kepercayaan di antara
umat ini”. Jumlah mereka tidak terbatas. Mereka jarang dikenal manusia,
kerana mereka tidak pernah menonjol ditengah masyarakatnya.
31. Al-Qurra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al
Qurra’. Mereka ahli membaca Al Quran. Menurut sebuah hadis, wali-wali ini
termasuk orang-orang yang dekat dengan Allah, kerana mereka ahli Al Quran.
Dan mereka harus dimuliakan. Syeikh Sahal Bin Abdullah At Tusturi termasuk di
antara mereka.
32. Al-Ahbab
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al
Ahbab, iaitu orang-orang yang dikasihi. Jumlah mereka tidak terbatas,
adakalanya meningkat, adakalanya pula berkurangan. Mereka mencapai tingkatan
ini disebabkan mereka melaksanakan segala ibadah dan takarrub kerana cinta
kepada Allah. Ibadah yang didasari cinta, lebih baik dari ibadah yang
berharap pahala dan syurga. Maka sebagai imbalan baik bagi mereka, mereka
mendapat kasih sayang Allah yang luar biasa.
33. Al-Muhaddathun
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al
Muhaddathun, iaitu orang-orang yang selalu diberi ilham oleh Allah.
Menurut hadits Nabi, ada sebahagian dari umatku yang diberi ilham dari Allah.
Maka Umar Bin Al Khattab termasuk salah satu dari mereka. Sayyid Muhyiddin
Ibnu Arabi ra berkata: “Di zaman kami ada pula wali-wali Al Muhaddathun, di
antaranya adalah Abul Abbas Al Khasyab dan Abu Zakariya Al Baha-i”. Para wali
yang tergolong dalam golongan ini senantiasa mendapat bisikan-bisikan rohani
dari penduduk alam malakut, misalnya dari Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail,
sebab rohani mereka sudah dapat menembus alam arwah atau alam malakut.
34. Al-Akhilla’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al
Akhilla’. Mereka adalah orang-orang yang dicintai Allah, sebab segala
ibadah yang mereka lakukan selalu didasari cinta kepada Allah. Jumlah mereka
tidak terbatas, adakalanya meningkat dan adakalanya berkurangan.
35. As-Samra’
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan As
Samra’. Erti kata As Samra’ adalah berkulit hitam manis. Jumlah mereka
tidak terbatas. Mereka termasuk orang-orang yang senantiasa berdialog dengan
Allah, sebab hati mereka selalu dipenuhi rasa ketuhanan yang tiada taranya.
36. Al-Wirathah
Di antaranya, ada pula yang termasuk dalam golongan Al
Wirathah, iaitu mereka yang mendapat warisan dari Allah. Mereka adalah
para ulama, pewaris para Nabi. Kelompok ini termasuk orang-orang yang gemar
beribadah sampai melebihi dari batas kemampuannya. Mereka suka mengasingkan
diri di tempat-tempat terpencil demi untuk memenuhi kecintaannya kepada
Allah.
CERITA TENTANG WALI-WALI ALLAH
Kisah Wali Allah yang Solat Di Atas Air
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200
orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir.
Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan
ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam.
Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun
semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal
itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri
mereka. Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang
lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil
berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang
terumbangambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas
air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat
lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai wali Allah,
tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak memandang ke
arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, “Wahai wali
Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang
memanggilnya dengan berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak
mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu
hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini? “Wali itu
berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.” Para penumpang itu berkata, “Apa
yang mesti kami buat?” Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu,
jiwamu akan selamat.” Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka.
Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami
akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.” Wali Allah
itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi
seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di
atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi
muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut. Habislah kesemua
barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang
tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat
kapal yang tenggelam itu. Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi,
“Siapakah kamu wahai wali Allah?” Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Awais
Al-Qarni.” Peniaga itu berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam
kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar
oleh seorang jutawan Mesir.” WaliAllah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua
harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang
miskin di Madinah?” Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya
wali Allah.”
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu,
maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon
kepada Allah swt agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama
hartanya.Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit
sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap
seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke
atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai
di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan
janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di
Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.
KARAMAH
Karamah merupakan perkara luar biasa yang berlaku ke atas
ulama atau wali Allah. Mereka adalah golongan insan yang beriman dan beramal
soleh, ikhlas dalam perkataan, perbuatan serta menjadikan seluruh kehidupan
mereka hanya untuk beribadah kepada Allah SWT. Para kekasih Allah sangat
menumpukan seluruh perhatiannya kepada Allah dan Allah pun senantiasa
memperhatikannya bahkan menjadikan insan soleh tersebut lebih dekat
kepadaNya. Karamah berlaku sepanjang zaman sejak dahulu hingga ke hari ini.
Begitu halnya dari kalangan para sahabat, ramai memiliki karamah atau
kelebihan yang luar biasa. Mereka beriman dengan kejernihan kalbu, kecintaan
terhadap Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya bahkan kasih sayang
mereka terhadap orang mukmin sangat mendalam, sehingga akhirnya mereka
memperoleh darjat yang tinggi.
PENGERTIAN KARAMAH
Karamah berasal dari kata Ikraam yang mempunyai
erti penghargaan dan pemberian. Allah mengurniakan wali-waliNya berbagai
kejadian luar biasa atau yang biasa disebut karamah. Hal itu diberikan kepada
mereka sebagai rahmat dari Allah dan bukan kerana hak mereka. Karamah biasa
disebut sebagai kejadian yang luar biasa yang diberikan Allah kepada
hamba-hambaNya yang selalu meningkatkan taraf ibadahnya dan ketaatannya.
Karamah itu diberikan sebagai suatu pembekalan ilmu atau sebagai ujian bagi
seorang wali. Dan karamah boleh terjadi tanpa sebab dan tanpa adanya
tentangan dari orang lain.
PENJELASAN TENTANG KEJADIAN-KEJADIAN LUAR BIASA
Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam
8 perkara luar biasa yang mencarit adat yang boleh berlaku ke atas manusia.
Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara
yang dipuji dan 4 perkara yang dikeji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai
daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan
perbezaan perkaraperkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat
membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi. Bagi menjelaskan
kekeliruan itu maka dijelaskan serba ringkas tentang perkara-perkara
tersebut, agar kita semua dapat membuat penilaian dengan sebaik-baiknya.
Mukjizat
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi
atau rasul untuk menguatkan kenabian dan kerasulannya.
Karamah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang hamba
yang salih atau wali, dan ia tidak mengaku sebagai seorang nabi atau rasul.
Ma’unah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada sebagian orang
awam untuk melepaskan dirinya dari kesulitan.
Ihaanah
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang
pembohong yang mengaku sebagai nabi, seperti yang pernah diberikan kepada
Musailamah Al Kadzab. Ia pernah meludah di sebuah sumur dengan harapan agar
airnya bertambah banyak, tetapi pada kenyataannya airnya mengering, dan ia
pernah meludah pada mata seorang yang juling, agar matanya sembuh, tetapi
pada kenyataannya mata orang itu menjadi buta.
Istidraj
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang
mengaku sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk
menguatkan kebohongannya.Menurut Ijma’, biasanya seorang yang mengaku sebagai
nabi, maka ia tidak akan diberi kejadian luar biasa.
Irhaas
Kejadian luar biasa yang diberikan kepada seorang nabi
meskipun ia belum diutus, seperti adanya naungan awan bagi Rasulullah saw di
masa kecilnya.
Sihir
Suatu cara yang dapat menampilkan berbagai perbuatan yang
aneh bagi yang tidak mengerti seluk beluknya, tetapi seluk beluknya itu dapat
dipelajari.
Sya’wazah
Kejadian luar biasa yang biasa timbul di tangan seseorang,
sehingga menimbulkan pesona bagi yang melihatnya meskipun kejadian itu tidak
terjadi.
PERBEZAAN ANTARA KARAMAH DAN ISTIDRAJ
Seseorang yang menginginkan sesuatu, kemudian Allah memberinya,
maka pemberian itu tidak menunjukkan bahawa orang itu mempunyai kedudukan
mulia di sisi Allah, baik pemberian itu bersifat biasa ataupun tidak.
Kemungkinan pemberian itu merupakan anugerah dari Allah, tetapi kemungkinan
pula merupakan istidraj, iaitu pemberian sebagai ujian.
Al Istidraj mempunyai
beberapa nama atau istilah yang berbagai:
1. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya
agar ia makin bertambah ingkar dan sesat dan pada akhirnya ia akan dimatikan
dalam keadaan kafir. Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
“Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur
(ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.27
27 Surah Al-Qalam :44
2. Makar:
Dalam Al Qur’an disebutkan:
“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah
kecuali orang yang rugi”. 28
Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka
dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan”29
28 Surah Al-‘Araf: 99
29 Surah Ali ‘Imran: 54
3. Al Kaid artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu
mereka”30
Allah berfirman: “Mereka akan menipu Allah dan
orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi
mereka tidak merasakannya”.31
30 Surah An-Nisaa’:142
31 Surah Al-Baqarah: 9
4. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:
Firman Allah: “Dan janganlah orang-orang kafir itu
mengira bahawa pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi
mereka, tetapi hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya”32
32 Surah Ali ‘Imran: 178
5. Al Ihlak mempunyai arti kebinasaan:
Allah berfirman: “Sampai ketika mereka bergembira
dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara
yang mendadak”33. Allah berfirman: “Firaun dan bala tentaranya
menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka
mengira bahwa mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya
dan bala tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut”34
33 Surah Al-‘Anam: 44
34 Surah Al-Qisas: 33
Dari ayat-ayat di atas, dapat kami simpulkan bahwa antara
karamah dan istidraj ada perbezaan. Seorang yang diberi karamah tidak pernah
merasa senang atas pemberian itu, bahkan ia makin bertambah takut kepada
Allah, sebab ia takut kalau pemberian karamah itu merupakan ujian atau
merupakan istidraj. Lain halnya dengan seorang yang diberi istidraj. Ia makin
maharajalela, kerana ia mendapat anugerah dan ia pun tidak takut disiksa.
Adapun kalau seseorang bergembira ketika ia diberi karamah, maka ia termasuk
orang yang melanggar. Ini disebabkan oleh beberapa perkara antaranya :-
• Jika seorang diberi karamah, lalu ia bergembira, maka ia
termasuk orang yang menyimpang, kerana ia merasa berhak untuk mendapatkan
anugerah semacam itu disebabkan amal kebajikannya.
• Karamah adalah sesuatu yang di luar kebiasaan
Sunnatullah. Seorang yang diberi karamah, kemudian ia terlalu bangga dengan
karamah yang diperolehinya, bererti ia telah melanggar dan telah menyimpang dari
kebenaran.
• Seseorang yang berkeyakinan, bahwa ia berhak mendapat
karamah kerana amal kebajikannya, maka boleh dikatakan bahawa ia seorang yang
bodoh. Seharusnya ia merasa bahawa semua amal ibadah yang ia kerjakan
merupakan kewajipan baginya terhadap hak Allah. Seharusnya ia selalu merasa
kurang pengabdiannya kepada Tuhannya, tetapi kalau ia merasa puas, maka ia
termasuk orang yang bodoh.
• Seseorang yang diberi karamah, seharusnya ia merasa
bahwa karamah yang diberikan kepadanya hanya untuk menundukkan dirinya makin
rendah dihadapan Allah. Bila seseorang berlaku sebaliknya, maka sudah jelas
orang itu mirip dengan Iblis yang merasa sombong atas kemuliaan yang
diberikan kepada dirinya.
• Karamah itu adakalanya tidak menyebabkan seseorang
menjadi mulia. Seseorang yang bangga ketika mendapat karamah, maka ia terlalu
membesarkan sesuatu yang
biasa. Seseorang yang membesarkan sesuatu yang biasa, maka
ia sama dengan berbuat sesuatu yang sia-sia. Demikian pula, seorang wali yang
bangga dengan karamah, maka ia termasuk seorang yang rendah kedudukannya.
• Seseorang yang sombong diri kerana kedudukannya, ia sama
seperti Iblis dan Firaun. Nabi saw bersabda: “Ada tiga perkara yang
menyebabkan kebinasaan seseorang. Yang terakhir adalah seorang yang
membanggakan kedudukan peribadinya”.
• Allah berfirman: “Maka terimalah apa yang Aku berikan
kepadamu dan jadilah engkau orang-orang yang berterima kasih. Dan sembahlah
Tuhanmu sampai engkau didatangi kematian”. Berdasarkan ayat di atas,
seseorang yang mendapat kurnia dari Allah, hendaknya ia selalu rajin
menyembah Allah dan mensyukuri semua nikmat yang ia terima, bukannya makin
bertambah ingkar.
• Ketika Nabi saw diberi pilihan untuk memilih, apakah
beliau ingin dijadikan sebagai seorang penguasa dan seorang Nabi, ataukah beliau
ingin dijadikan seorang
hamba dan seorang Nabi, maka beliau memilih pilihan yang
kedua. Kerana itu nama beliau selalu disebut di dalam tasyahud setiap muslim
dalam ucapan: “Wa asyhadu anna Muhammadan abduhu war rasuluh”.
• Seseorang yang selalu bergaul akrab dengan makhluk, maka
ia tidak terlalu akrab bergaul dengan Khaliknya.
• Seseorang yang tidak takut dan tidak bertawakkal kepada
Allah sudah tentu ia tidak akan menjadi wali, apa lagi kalau ia selalu
menyandarkan hidupnya kepada dirinya atau kepada orang lain. Jika seseorang
dapat mendatangkan satu perbuatan atau kejadian yang luar biasa, pasti ia
akan mengikutinya dengan pengakuan bagi dirinya, tetapi ada juga yang tidak.
Bagi mereka yang dapat mengikuti dengan pengakuan bagi dirinya dan dapat mendatangkan
sesuatu perbuatan atau kejadian
yang luar biasa, adakalanya ia mengaku sebagai Tuhan, atau
sebagai Nabi, atau sebagai wali, atau sebagai ahli sihir. Dalam perkara ini
dapat kita bahagikan kepada empat bahagian :-
a. Ada yang mengaku sebagai Tuhan:
Ada kalanya orang yang dapat mendatangkan suatu perbuatan
atau kejadian yang luar biasa, maka ia mengaku sebagai Tuhan, seperti yang
dilakukan oleh
Firaun dan yang akan dilakukan oleh Dajjal. Dalam keadaan
seperti, ini sudah jelas, bahawa perbuatan orang itu adalah batil.
b. Ada pula yang mengaku sebagai Nabi:
Ini boleh berlaku pada dua kemungkinan, iaitu adakalanya
pengakuannya itu benar, tetapi adakalanya pengakuannya itu bohong. Jika
pengakuannya itu memang benar dan ia benar-benar nabi, maka ia harus mampu
untuk menunjukkan bukti kenabiannya, tetapi jika ia tidak mampu menunjukkan
buktinya, maka ia adalah seorang pembohong.
c. Ada yang mengaku sebagai seorang wali:
Dalam keadaan seperti ini ada yang boleh melakukannya,
tetapi ada pula yang tidak mampu.
d. Ada yang mengaku sebagai ahli sihir:
Dalam situasi seperti ini ada kalanya orang-orangnya dapat
membuktikan kepandaiannya, tetapi kaum Mutazilah menolak pendapat ini.
Seseorang yang dapat mendatangkan perbuatan atau kejadian yang luar biasa
tanpa pengakuan bagi dirinya, adakalanya ia seorang wali yang diredhai oleh
Allah, tetapi adakalanya pula ia seorang fasik yang banyak dosanya. Ada pula
yang dapat mendatangkan berbagai kejadian luar biasa, tetapi ia tidak
termasuk orang yang taat kepada Allah,
bahkan orang itu selalu berbuat dosa dan maksiat. Kejadian
luar biasa yang ia datangkan itu disebut Istidraj, iaitu kelebihan
yang diberikan kepadanya, agar dosanya dan kejahatannya makin bertambah dan
terus menerus, seperti yang diberikan kepada Iblis dan syaitan.
TUJUAN KARAMAH
1. Dapat menambah keyakinan kepada Allah.
2. Untuk menguatkan kepercayaan masyarakat kepada seorang
wali, seperti yang terjadi pada masa-masa terdahulu. Berbeza halnya dengan
masa-masa terakhir. Kaum salaf salih tidak pernah memerlukan karamah sedikit
pun.
3. Adanya karamah merupakan bukti anugerah atau pangkat
yang diberikan Allah kepada seorang wali, agar pengabdiannya tetap istiqamah.
DALIL-DALIL WUJUDNYA KARAMAH
Andaikata Allah swt tidak mahu memperlihatkan karamah bagi
seorang mukmin, mungkin kerana Allah swt memang tidak ingin melakukannya,
atau mungkin juga seorang mukmin itu memang belum pantas mendapatkan karamah.
Adapun kemungkinan pertama, dapat memberi penilaian yang tidak baik terhadap
takdir
Allah swt, tentunya hal itu dapat menyebabkan ingkar
kepada Dzat Allah. Sedangkan kemungkinan yang kedua adalah tak mungkin, sebab
hal itu termasuk hal yang batil. Mengetahui Dzat Allah, sifat-sifatNya,
perbuatan-perbuatanNya, hukumhukumNya, nama-namaNya, mencintaiNya, mentaatiNya
dan senantiasa menyebutNya dan memujiNya, tentunya hal itu lebih mulia dari
sekedar memberi se-potong roti, menundukkan seekor ular atau seekor singa.
Dalil dari Al-Quran
“Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di
Mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: “Hai Maryam, dari
mana kamu memperoleh makanan ini?”. Maryam menjawab: “Makanan itu dari sisi
Allah”. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya
tanpa perhitungan”35
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya
pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makanlah,
minumlah dan bersenang hatilah kamu”36
Siti Maryam bukanlah seorang nabi. Tentunya yang terjadi
padanya, seperti yang tertera pada ayat di atas, bukanlah suatu mukjizat,
tetapi suatu karamah.
“ Ashif Ibnu Barkhiya berkata: “Aku akan membawa
singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” 37
Seorang hamba yang salih yang bernama Ashif Ibnu Barkhiya
mampu membawa singgasana Ratu Balqis dari Yaman ke Syam hanya dalam waktu
sekelip mata. Padahal ia bukan seorang Nabi. Tentunya kemampuan luar biasa
yang dimilikinya adalah karamah.
35 Surah Al Imran: 37
36 Surah Maryam : 25-26
37 Surah An Naml: 40
“Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka
sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya
Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmatNya kepadamu dan menyediakan sesuatu
yang berguna bagimu dalam urusan kamu. Dan kamu akan melihat matahari ketika
terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam,
menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas
dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah”38
“Dan mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan
sembilan tahun”39
Pemuda Ashabul Kahfi seramai tujuh orang berasal dari
Syam. Mereka hidup setelah masa Nabi Isa. Kerana mereka takut kehilangan
imannya, maka mereka bersembunyi di sebuah gua untuk sesaat, tetapi mereka
ditidurkan oleh Allah selama 300 tahun. Setelah itu mereka dibangunkan
kembali. Anehnya tubuh mereka tidak binasa dimakan masa, kerana itu para
ulama berpendapat bahwa mereka adalah para wali bukan para nabi.
38 Surah Al Kahfi: 16-17
39 Surah Al Kahfi: 25
“Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin
yang bekerja di laut dan aku bertujuan merusaknya bahtera itu, kerana di
hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.”Dan adapun
anak itu, maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir
bahwa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.”40
40 Surah Al Kahfi: 79
Dari Hadis Antara Karamah Umat Yang Terdahulu
Hadis Pertama
Dari Abdullah Ibnu Umar r.a, beliau berkata :
“Rasulullah saw pernah bersabda: “Ada tiga lelaki
tergolong di antara orang-orang terdahulu. Pada suatu hari, ketika mereka
berjalan di suatu hutan, maka mereka bermalam di suatu gua. Setelah mereka
masuk ke dalam gua, tiba-tiba sebuah batu besar jatuh tepat di permukaan gua
itu dan menutupinya, sehingga mereka tidak dapat keluar. Kata salah seorang
daripada mereka: “Tidak ada yang dapat menyelamatkan kamu, kecuali jika kamu
berdoa kepada Allah dan bertawassul dengan perbuatan baik kamu.Salah seorang
di antara mereka berkata: “Dahulu aku
mempunyai ibu bapa yang telah lanjut usia, dan aku tidak
pernah makan malam sebelum mereka makan. Pada suatu hari, keduanya sudah
tidur ketika aku datang membawa segelas air susu. Aku tidak ingin membangunka
mereka. Aku menjaga keduanya semalaman tanpa makan dan minum, dan aku tetap
memegang
gelas susu itu hingga pagi. Ketika keduanya bangun,
barulah kuberikan air susu itu. Ya Allah, jika amalan salihku yang satu itu
benar-benar ikhlas untukMu, maka bebaskan kami dari batu besar ini”. Dengan
izin Allah, batu itu bergeser sedikit dari mulut gua,tetapi mereka masih
belum dapat keluar. Selanjutnya, orang yang kedua berkata: “Dahulu, anak
saudaraku termasuk orang yang paling aku cintai, aku selalu menggodanya, agar
ia cinta kepadaku, tetapi ia selalu menolak.
Pada suatu ketika, ia datang kepadaku dan minta bantuan
wang. Aku ingin membantunya, asalkan ia ingin bercinta denganku. Ia bersetuju
dengan permintaanku kerana terpaksa. Ketika aku hendak memperkosanya, maka ia
berkata: “Sebenarnya engkau tidak boleh memecahkan keperawananku, kecuali
dengan cara yang sah”. Maka aku segera meninggalkannya dan aku tidak minta
kembali wangku. Ya Allah, jika Engkau tahu, bahwa perbuatanku itu keranaMu,
maka selamatkanlah kami dari batu besar ini”. Dengan izin Allah batu besar
itu bergeser sedikit, tetapi mereka belum dapat keluar.
Selanjutnya orang yang ketiga berkata: “Dahulu aku
mempunyai banyak pegawai, aku selalu memberi upah mereka tepat pada waktunya,
dan aku tidak pernah merugikan mereka. Pada suatu kali salah seorang
pegawaiku meninggalkan tempatku tanpa meminta upahnya. Selanjutnya, upah itu
aku kembangkan dan aku belikan binatang ternak serta lembu abdi. Setelah
beberapa waktu binatang ternak itu berkembang menjadi besar. Sampai pada
suatu waktu ia datang kepadaku untuk meminta upahnya. Kataku: “Semua binatang
ternak dan lembu abdi yang kau lihat di lembah itu adalah upahmu”. Kata
lelaki itu: “Wahai hamba Allah, apakah engkau mempermainkan aku”. Kataku:
“Aku tidak mempermainkan kamu”. Maka ia membawa pergi semua binatang ternak
dan para abdi itu. Ya Allah, jika perbuatanku benar-benar ikhlas keranaMu,
maka bebaskanlah kami dari himpitan batu besar ini”.
Maka dengan izin Allah batu besar itu bergerak, sehingga
ketiga orang itu dapat keluar dengan selamat.41
41 Hadis Hasan Sahih, Muttafaq Alaih
Hadis Kedua
Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah saw. Pernah
bersabda :
“Tidak ada seorang bayi yang dapat berbicara ketika masih
dibuaian ibunya, kecuali tiga orang, iaitu Isa putra Maryam as, seorang bayi
di masa Juraij An Nasik, dan seorang bayi lainnya. Tentang Isa putra Maryam,
kamu telah mengetahui kisahnya.
Tentang Juraij, ia adalah seorang ahli ibadah dari
kalangan Bani Israil. Ia mempunyai seorang ibu. Juraij gemar ibadah. Ketika
ibunya rindu kepadanya, maka ia memanggil nama Juraij. Tetapi Juraij tidak memenuhi
panggilan ibunya, ia hanya berkata: “Ya Allah, apakah sebaiknya aku memenuhi
panggilan ibuku, ataukah
aku meneruskan ibadahku?” Ibunya memanggilkannya sampai
tiga kali, tetapi Juraij masih meneruskan ibadahnya tanpa memenuhi
panggilannya. Maka ibunya kecewa, sehingga ia berdoa :
“Ya Allah, jangan Engkau matikan putraku itu sampai
setelah Engkau menemukannya dengan seorang wanita pelacur”. Kebetulan di
tempat itu, ada seorang wanita pelacur. Ia berkata: “Aku akan merayu Juraij
sampai ia berbuat zina denganku”. Maka ia mendatangi Juraij dan merayunya,
tetapi Juraij tidak mempedulikannya. Akhirnya wanita pelacur itu merayu
seorang petani yang kebetulan bermalam di samping tempat ibadah Juraij,
sampai ia hamil dari petani itu. Selanjutnya ia mendatangi Juraij sambil
membawa anak haramnya dari si petani. Kemudian ia berkata kepada orang
banyak: “Bayiku ini adalah dari hasil hubungan gelapku dengan Juraij”.
Mendengar ucapan wanita pelacur itu, maka Bani Israil mendatangi tempat
ibadah Juraij, kemudian mereka menhancurkannya dan merejam Juraij secara
beramai-ramai. Maka Juraij melakukan solat dan ia berdoa. Kemudian ia
menyentuh tubuh bayi itu dengan jari telunjuknya seraya berkata:
“Wahai anak bayi, siapa ayahmu?” Anak bayi itu berkata:
“Ayahku adalah seorang petani”. Maka masyarakat Bani Israil menyesali
perbuatannya terhadap Juraij dan mereka minta maaf kepadanya. Mereka berkata:
“Kalau engkau mahu, kami akan
membangun kembali tempat ibadahmu dari emas atau perak,
tetapi tawaran mereka ditolak, sehingga mereka membangunnya kembali seperti
semula. Itulah kisah bayi yang dapat berbicara di masa Juraij.
Adapun kisah bayi yang lain, ada seorang wanita yang
tengah menyusui anak bayinya. Ketika ada seorang pemuda tampan lewat di
depannya, maka ibunya berkata: “Ya Allah, jadikan putraku ini seperti pemuda
itu.” Maka dengan spontan bayinya berkata: “Ya Allah, janganlah Engkau
jadikan aku seperti pemuda itu.” Selanjutnya ketika ada seorang wanita yang
tertuduh mencuri dan berzina sedang lewat di depan ibunya, maka ia berkata:
“Ya Allah, jangan Engkau jadikan putraku ini seperti wanita itu”. Maka
bayinya berkata: “Ya Allah, jadikan aku sepertinya”. Maka
ibunya bertanya: “Mengapa engkau berdoa seperti itu?”
Bayinya berkata: “Pemuda tampan yang lewat di sini tadi adalah seorang yang
bengis dan kejam dan aku tidak ingin menjadi sepertinya. Adapun si wanita
yang dituduh sebagai pencuri dan pelacur, sebenarnya ia bukan pencuri mahupun
pelacur, dan ia hanya berkata: “Aku hanya pasrahkan diriku kepada Allah”.42
42 Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
ANTARA KARAMAH UMAT NABI MUHAMMAD SAW.
Pertama
Dari Abu Saeed Al-Khudri, beliau berkata : “Pada suatu
malam ketika Usaid ibnu Khudhair sedang membaca Al Qur’an di pekarangan
rumahnya, tiba-tiba kudanya melonjak-lonjak, sampai ia menghentikan
bacaannya. Kemudian ketika ia melanjutkan bacaannya lagi, anehnya, kudanya
melonjak-lonjak lagi, sampai ia menghentikan bacaannya. Kata Usaid: “Maka aku
takut kalau kudaku menginjak Yahya, putraku. Ketika aku berdiri, tiba-tiba
aku lihat di atas kepalaku ada naungan cahaya dan ia membumbung ke atas
lambat-lambat sampai menghilang dari pandanganku.
Kedua
Dari Aisyah r.a, beliau berkata :
“Abu Bakar Ash Shiddiq pernah memiliki dua puluh gantang
buah kurma yang diberikan kepadaku. Ketika saat kematiannya tiba, maka ia
berkata; “Wahai putriku, tidak seorang pun yang lebih kucintai dan lebih aku
takuti kesusahannya darimu, dulu aku pernah berikan kepadamu dua puluh
gantang buah kurma, kalau dulu telah engkau pakai, tentunya aku tak akan
mempersoalkannya, tetapi pada hari ini harta itu akan jadi harta waris
setelah aku tiada. Harta itu boleh engkau bagi dengan kedua saudara lelakimu
dan kedua saudara perempuanmu, bagilah harta
waris itu menurut hukum Kitabullah.” Kata Aisyah: “Maka
aku berkata: “Wahai ayah, kami tidak keberatan untuk membaginya, tetapi
putrimu hanya Asma dan aku, maka siapakah putrimu yang lain?” Kata Abubakar:
“Kini ia masih dalam perut ibunya,
yaitu Habibah binti Kharijah ibnu Zaid, kulihat, ia adalah
perempuan.”
Setelah ia wafat, memang benar yang lahir adalah anak
perempuan, ia diberi nama Ummu Kaltsum binti Abubakar.43
43 Hadis riwayat Malik dalam kitab Al-Muwatha’
BAGAIMANA TERJADINYA KARAMAH
Tingginya kemahuan seorang wali untuk mengabdikan dirinya
kepada Allah, adakalanya menyebabkannya diberi karamah oleh Allah. Tetapi
adakalanya juga tidak. Adapun pemberian karamah adalah agar seorang wali
semakin menjaga dirinya, agar ia tidak salah langkah dan sikap terhadap
Allah. Jiwa manusia, meskipun ia tetap satu, tetapi berbeza dalam pengkhususannya.
Setiap jiwa mempunyai pengkhususan tersendiri yang tidak dimiliki oleh
lainnya. Jadi pengkhususan masing-masingnya adalah fitrah. Jiwa para nabi
mempunyai pengkhususan tersendiri yang mampu mengenal Allah dengan sepenuhnya
dan mampu berbicara dengan para malaikat, kerana telah mendapat keizinan dari
Allah. Pokoknya kemampuan mereka adalah kurniaan Ilahi dan bantuan Rabbani.44
Dalam hal ini, Ibnu Khaldun pernah berkata: “Jiwa para auliya’ mempunyai
pengaruh yang erat dengan alam semesta dan hal itu merupakan bantuan dari
Allah yang disesuaikan dengan kejernihan jiwa, kekuatan iman, keteguhan
mereka dengan agama Allah, sehingga seorang wali tidak akan berbuat apapun,
kecuali setelah mendapat perintah atau restu dari Allah. Kalau ada di antara
mereka yang berbuat sesuatu tanpa izin dari Allah, maka karamahnya segera
ditarik oleh Allah.”45
44 Mukaddimah Ibnu Khaldun, jilid III hal 1148
45 Mukaddimah Ibnu Khaldun jilid III hal 1148
JENIS-JENIS KARAMAH
1. Pemberian
Karamah jenis ini, termasuk karamah yang tertinggi, sebab
terjadinya kerana pemberian Allah kepada seorang tanpa diminta lebih dulu.
2. Usaha Sendiri
Karamah jenis ini termasuk karamah yang diusahakan,
misalnya terkabulnya sebuah doa seorang wali.
PEMBAHAGIAN KARAMAH
Pertama :
Karamah Hissiyyah
Iaitu karamah yang dapat dirasa dan dilihat dengan mata,
seperti dapat berjalan di atas air atau dapat terbang di udara.
Kedua : Karamah
Ma’nawiyyah
Iaitu Istiqamahnya seseorang untuk mengabdi kepada
Tuhannya, baik secara zahir maupun batin. Karamah macam ini banyak diharapkan
para wali-wali Allah. Kata mereka: “Istiqamah lebih baik dari seribu
karamah.”
Syeikh Abul Abbas Al Mursi pernah berkata: “Seorang wali
besar, bukanlah seorang yang dapat memperdekatkan jarak yang jauh. Yang
termasuk wali besar adalah seorang yang dapat mengendalikan hawa nafsunya di
hadapan Tuhannya.”46
Jika seorang wali hanya berharap mendapat karamah, maka
wali itu tidak termasuk wali yang berperingkat tinggi. Ibnu Athaillah pernah
berkata: “Kemahuan yang tinggi tidak sampai menembusi tembok-tembok
takdir.”47 Maksud ucapan itu adalah karamah tidak akan bertentangan
dengan ketetapan takdir. Sebab, semua yang terjadi di alam semesta, baik yang
biasa mahupun yang luar biasa sumbernya dari takdir Allah swt. Pada umumnya,
kemahuan seorang wali tidak akan bertentangan dengan takdir Allah.
Abu Hurairah menyebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Adakalanya
seorang hina yang biasa ditolak bila mengetuk pintu orang, namun jika ia
berdoa, pasti terkabul.”48
46 Lathaiful Minan
47 Syarah Al Hikam
48 Hadis riwayat Muslim
Di lain kesempatan Rasulullah saw bersabda:
“Takutlah kamu dengan firasat seorang mukmin, sesungguhnya
ia melihat dengan cahaya Allah.”49
49 Hadis riwayat Tirmidzi, Thabrani, Ibnu Adi dan An Najar
di dalam kitab At Tarikh
CONTOH-CONTOH KARAMAH
1. Dapat Menghidupkan Mayat
Imam Taajus Subki memberi contoh karamah Abi Ubaid Al
Busri. Beliau pernah berdoa kepada Allah agar kudanya yang mati ditengah
medan perang dihidupkan kembali. Doa beliau terkabul dan kuda Abi Ubaid
akhirnya hidup kembali.
Pernah Mifraj Ad Damamini berkata kepada anak burung yang
telah dipanggang: “Terbanglah wahai burung dengan izin Allah”. Ucapan beliau
terkabul dan burung itu hidup kemudian terbang.
Syeikh Ahdal pernah memanggil kucing yang telah mati. Akhirnya
kucing itu hidup dan datang kepada Syeikh Ahdal.
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pernah berkata kepada seekor
ayam yang baru di makan dagingnya: “Hai ayam hiduplah kau dengan izin Zat
yang dapat menghidupkan tulang belulang”.
Dengan izin Allah, tulang belulang tersebut berubah
wujudnya menjadi ayam kembali.
Pernah Abi Yusuf Dahmani berkata kepada seorang mayat:
“Hai fulan, hiduplah dengan izin Allah”. Ucapan beliau
terkabul sehingga mayat itu hidup kembali selama beberapa waktu.
Imam Subki pernah bercerita: “Aku pernah dengar kisah
Syeikh Zainuddin Al Faruqy Asy Syafi’i, bahawa pada suatu hari ada seorang
anak kecil jatuh dari atap rumahnya lalu mati. Ketika Syeikh Zainuddin
melihat kejadian itu, beliau berdoa kepada Allah. Maka dengan izin Allah, anak
kecil yang mati itu hidup kembali.
Selanjutnya Imam Subki berkata: “Sesungguhnya kejadian
semacam itu tidak terhitung banyaknya. Dan aku yakin benar adanya karamah
seperti itu. Hanya saja yang belum pernah kudengar adanya seorang wali yang
dapat menghidupkan orang
mati yang telah lama atau yang sudah menjadi tulang
belulang. Yang kami dengar hanyalah pada diri sebagian Nabi di zaman dulu.Dan
itu pun merupakan suatu mukjizat baginya. Bukan termasuk jenis karamah. Yang
mungkin terjadi pada diri seorang Nabi terdahulu adalah menghidupkan suatu
kaum yang telah mati beberapa abad, kemudian mereka dihidupkan. Dengan izin
Allah kaum itu hidup selama beberapa waktu. Yang tidak mungkin terjadi dimasa
ini adalah adanya seorang wali yang menghidupkan Imam Syafi’i atau Abu
Hanifah, kemudian keduanya dapat hidup lama dan bergaul dengan masyarakat
seperti pada waktu sebelumnya.
2. Berbicara Dengan Orang Mati
Jenis karamah seperti ini lebih banyak dari jenis karamah
di atas. Tentang hal ini Imam Subki memberi contoh karamah Syeikh Abu Said Al
Kharaz dan karamahnya Syeikh Abdul Qadir Al Jailani. Dan kisah karamah
ayahnya, Syeikh Taqiuddin As Subki.
3. Berubahnya Sesuatu Menjadi Bentuk Yang Lain
Jenis karamah ini pernah terjadi pada diri Syeikh Isa Al
Hataar Al Yamani. Disebutkan bahawa ada seorang ingin menguji karamah Syeikh
Isa Al Hattar. Ia menyuruh pelayannya membawa dua botol minuman keras kepada
beliau. Setelah kedua botol itu diterima oleh Syeikh Isa, maka ia menuang isi
kedua botol itu seraya berkata kepada sebilangan orang yang ada di sisinya:
“Minumlah minyak samin ini”. Maka minuman keras yang ada di kedua botol itu
berubah menjadi minyak samin yang rasanyaamat lazat. Kisah karamah jenis ini
sering terjadi.
4. Jarak Jauh Menjadi Dekat:
Karamah seperti ini pernah terjadi pada diri seorang wali
yang berada di Masjid kota Tursus (Turki). Wali tersebut pernahtergerak dalam
hatinya ingin pergi ke Masjidil Haram, kemudian beliau memasukkan kepalanya
dikantungnya lalu mengeluarkannya kembali. Maka dengan izin Allah, wali itu
telah berada di Masjidil Haram . Kisah semacam ini pada umumnya dikisahkan
secara berurutan dari orang-orang yang dapat dipercaya.
6. Berbicara Dengan Benda Dan Binatang:
Karamah seperti ini tidak dapat diragukan kewujudannya.
Karamah ini pernah terjadi pada diri seorang Sufi yang bernama Ibrahim Bin
Adham. Beliau pernah mendengar suara dari pohon delima yang minta dimakan.
Ketika Ibrahim Bin Adham makan buahnya, tiba-tiba pohon itu bertambah tinggi
dan buahnya yang masam berubah jadi manis, serta dapat menghasilkan dua kali
setiap tahun.
7. Dapat Menyembuhkan Penyakit:
Karamah seperti ini pernah terjadi pada Syeikh Sirri
As-Saqathi. Seorang pernah menemuinya ketika beliau sedang menyembuhkan orang
yang sakit kusta dan buta. Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah berkata kepada
seorang anak yang sakit lumpuh, buta dan kusta: “Berdirilah engkau dengan
izin Allah”. Dengan izin Allah, maka anak tersebut segera bangun tanpa suatu
cacat pun.
8. Ditakuti binatang
Karamah seperti ini pernah terjadi pada diri Abu Said ibnu
Abil Khair Al Maihani. Singa dan binatang yang lain takut kepadanya. Ada pula
sebahagian wali yang dipatuhi segala benda seperti yang terjadi pada diri
Syeikhul Islam Izzudin Ibnu Abdis Salam beliau pernah berkata kepada angin di
waktu peperangan antara kaum Muslimin dan umat Nasrani: “Hai angin terbangkan
musuh-musuh kami”. Dengan izin Allah kaum Nasrani diterbangkan angin dan
dilempar ke tanah sampai binasa.
9. Waktu lebih cepat dan waktu lebih panjang
Karamah seperti ini sukar diterangkan kepada orang awam
hanya saja orang terdahulu semuanya mempercayai akan terjadinya panjangan dan
singkatnya waktu. Karamah seperti ini banyak terjadi.
11. Terkabulnya Segala Doa.
12. Dapat Menahan Lisan Seseorang Yang Sedang
Berbicara.
13. Diberitahu Tentang Sesuatu Yang Akan Terjadi Dan
Diperlihatkan Sesuatu Yang Tersembunyi.
15. Dapat Menahan Lapar dan Minum Dalam Waktu Yang
Panjang.
16. Dapat Menjalankan Sesuatu Dengan Kehendaknya.
Karamah seperti ini banyak di alami oleh para wali.
Diriwayatkan bahawa sebahagian wali ada yang diikuti oleh hujan. Salah
seorang dari mereka bernama Syeikh Abul Abbas As Syatir, ia sering menjual
hujan dengan harga beberapa dirham. Kisah semacam ini banyak terjadi,
sehingga sukar untuk dimungkiri kewujudannya.
17. Mampu Untuk Makan Banyak
18. Terjaga Dari Makanan Yang Haram
Karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali yang
bernama Al Haritsul Muhasibi, iaitu ketika beliau mendengar suara dari
makanan yang hendak dimakannya, bahawa makanan itu diperolehi dengan cara
yang haram. Setelah beliau mengerti bahawa makanan itu adalah makanan haram,
maka segera beliau meninggalkan makanan itu.
19. Dapat Melihat Dari Belakang Hijab:
Jenis karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali
yang bernama Abu Ishak As-Syirazi. Beliau dapat melihat Ka’bah sedangkan
beliau berada di kota Baghdad.
20. Diberi Kehebatan Dan Kebesaran Peribadi
Adakalanya seorang wali diberi kehebatan peribadi yang
dapat menyebabkan kematian orang tertentu ketika ia melihat diri wali
tersebut. Hal ini pernah terjadi pada seorang pembesar yang mati ketika
berhadapan dengan Abu Yazid Al Busthami. Adakalanya seorang yang berhadapan
dengan seorang wali seperti ini, maka ia akan tunduk, bahkan akan mengakui
apa sahaja yang tersembunyi dalam hatinya. Kejadian seperti ini banyak
terjadi.
21. Diberi Perlindungan
Mendapat perlindungan Allah dari segala kejahatan yang
akan menimpa. Bahkan kejahatan yang semula direncanakan itu akan berbalik
jadi kebaikan. Hal ini terjadi pada diri Imam Syafi’I apabila beliau akan
dihukum oleh khalifah Harun Rasyid, tetapi akhirnya dengan izin Allah beliau
dibebaskan.
22. Dapat Berubah Bentuk
Karamah seperti ini dikenali di kalangan ahli Sufi dengan
“Alamul Mithsal, iaitu antara alam yang nyata dan alam arwah. Orang yang yang
mendapat karamah seperti ini dapat berubah bentuk dan berpindah tempat dengan
bebas. Karamah seperti jenis ini pernah di alami oleh seorang wali yang
bernama Qadhibul Bani. Orang yang tidak mengenal beliau akan menyangkanya
tidak pernah melakukan solat dan ia membencinya. Pada suatu hari, ketika
beliau dicela oleh seorang yang menyangkanya tidak pernah melakukan solat, di
saat itu Allah memperlihatkan karamahnya, sehingga beliau dapat berubah dalam
beberapa bentuk yang menunjukkan bahawa beliau sedang melakukan solat. Beliau
bertanya : “Dalam gambaran atau bentuk manakah yang kamu lihat aku tidak
solat?” Perkara serupa ini pernah terjadi pula pada seorang wali yang pernah
dilihat oleh seorang ketika beliau sedang berwudhu di Masjid Sayufiah di
Cairo. Orang itu menegur: “Hai orang tua, nampaknya cara kamu berwudhu itu
tidak tertib”. Jawab si wali: “Aku tidak pernah berwudhu dengan cara yang
tidak tertib. Hanya saja anda tidak dapat melihatku, kalau anda dapat
melihat, pasti kamu akan melihat ini”. Beliau berkata demikian sambil memegang
tangan orang itu, sampai ia dapat melihat Ka’bah, kemudian beliau membawanya
ke Mekkah dan menetap di sana selama beberapa tahun.
23. Dibukakan Segala Sumber Kekayaan Bumi
Jenis karamah seperti ini pernah dialami oleh Abu Turab,
ketika beliau menghentakkan kakinya ke bumi, maka Allah mengeluarkan air dari
tanah itu. Kata Imam Subki: “Di antara jenis karamah seperti ini ialah
terpancarnya sumber mata air di musim kemarau dan bumi tunduk pada seorang
yang memukulkan kakinya ke bumi”. Pernah diceritakan bahawa ada seorang yang
berjalan ke kota Mekkah untuk berhaji. Dalam perjalanan itu ia merasa haus
sekali. Namun ia tidak mendapat seteguk air pun. Kemudian ia menemui seorang
fakir yang bertongkat. Tepat di tempat itu terpancarlah sumber mata air yang dapat
memberikan minuman kepada para jemaah haji yang sedang lewat di tempat itu.
Semua jemaah haji yang lewat di tempat itu membekali dirinya dengan air yang
terpancar di bawah tongkat si fakir.
24. Diberikan Kemampuan Untuk Mengarang Berpuluh-Puluh
Karangan Dalam Masa yang Singkat
Biasanya pekerjaan seberat itu tidak mungkin dilaksanakan
oleh seorang yang banyak disibukkan dalam pembahasan berbagai macam ilmu
pengetahuan. Adakalanya untuk menulis sebuah karangan sahaja seorang akan
menghabiskan seluruh umurnya. Apalagi akan menulis berpuluh-puluh buah
karangan dalam waktu yang sangat singkat. Karamah semacam ini termasuk jenis
karamah waktu dapat menjadi panjang. Jenis karamah ini pernah dialami oleh
Imam Syafi’I Rahimullah. Beliau mampu mengarang berpuluh-puluh kitab, padahal
sebenarnya waktunya tidak akan cukup untuk melakukan hal itu, disebabkan
kesibukan beliau sehari-harinya untuk mengkhatamkan Al Qur’an setiap harinya
dengan bacaan yang penuh oleh tadabbur dan di bulan Ramadhan pun beliau dapat
mengkhatamkannya dua kali setiap harinya. Di samping itu, beliau juga
disi-bukkan oleh banyaknya memperdalami ilmu pengetahuan, memberikan
pelajaran, berzikir dan banyaknya penyakit yang dialaminya. Dalam suatu
riwayat dikatakan bahawa beliau menderita tiga puluh macam penyakit. Karamah
semacam ini dialami juga oleh Imamul Haramain Abul Ma’ali Al Juwaini. Dengan
umur yang tidak panjang, beliau mampu mengarang beberapa buah kitab.
Sebenarnya umur yang sependek itu tidak akan cukup untuk mengarang
berpuluh-puluh kitab disebabkan kesibukan beliau dalam belajar dan mengajar
serta berzikir.
Jenis karamah seperti ini diberikan juga kepada seorang
wali yang mampu mengkhatamkan Al Quran sebanyak lapan kali dalam sehari. Imam
Nawawi juga diberi Allah kemampuan untuk mengarang berpuluh-puluh kitab dalam
waktu singkat. Sebenarnya umur beliau yang sedemikian itu tidak cukup untuk
mengarang kitab sebanyak itu. Ditambah lagi dengan berbagai macam ibadah yang
beliau lakukan setiap harinya. Karamah seperti ini diberikan juga kepada Imam
Taqiuddin As Subki. Beliau mampu menulis berpuluh-puluh kitab. Sebenarnya
umur yang sependek itu tidak akan cukup untuk menulis kitab sebanyak itu
disebabkan beliau sangat sibuk memberi pengajaran, tekun beribadat, banyak
membaca Al Quran dan berzikir. Sebenarnya jika kita hitung pekerjaan besar
yang dikerjakannya dengan umurnya yang singkat, pasti tidak cukup untuk
memenuhi sepertiganya, namun Allah memberinya barakah dalam umur, sehingga
beliau dapat merampungkan segala tugas besar dipikulnya.
25. Terhindar Dari Terkena Racun
Jenis karamah seperti ini pernah terjadi pada seorang wali
yang diancam oleh seorang raja zalim. Raja zalim itu berkata: “Tunjukkanlah
padaku bukti kebenaranmu, jika tidak, aku akan hukum kamu”. Pada waktu itu si
wali melihat dekatnya kotoran unta. Maka ia berkata: “Lihatlah itu”.
Tiba-tiba kotoran unta itu jadi sebungkal emas. Kemudian ia melihat sebuah
tempat air yang tidak ada airnya. Si wali itu melemparkan tempat air yang
kosong itu ke udara. Ketika tempat air itu jatuh tiba-tiba telah berisi air
penuh dan tempat air itu terjungkir. Namun air yang di
dalamnya tidak tertumpah setitik pun. Melihat kejadian
tersebut raja itu hanya berkata: “Ini hanyalah perbuatan sihir belaka”.
Kemudian raja memerintahkan untuk melemparkan si wali ke dalam api yang
bernyala-nyala. Tidak lama si wali tersebut segera keluar dan menarik putera
raja yang masih kecil ke tengah api yang sedang menyala. Melihat kejadian ini
raja hampir jadi gila, kerana putera satu-satunya diseret ke tengah api yang
sedang menyala. Setelah beberapa saat, si wali keluar bersama putera raja itu
dari api, sedang ditangan kanan putera raja itu memegang buah apel dan
dikirinya memegang buah delima. Raja bertanya pada puteranya: “Wahai
puteraku, dari mana kamu tadi?” Jawab si putra: “Aku dapat dari sebuah
kebun”.Mendengar keterangan putera raja itu para pembesar kerajaan hanya
berkata: “Itu hanyalah suatu sihir belaka”. Kemudian raja berkata kepada si
wali: “Jika kamu dapat minum racun ini, aku akan percaya padamu”. Setelah
itu, si wali minum racun itu. Namun ia tidak mati hanya bajunya sahaja yang
koyak. Kemudian ditambah lagi meminum racun. Setiap kali minum racun ia tetap
hidup hanya bajunya saja yang koyak-koyak. Pada terakhir kali ketika ia
diberi minuman racun lagi bajunya tidak koyak dan ia pun selamat.
Di antaranya pula ada yang dibukakan baginya alam ghaib di
hadapan pandangan matanya, sehingga ia dapat melihat apa saja yang
terselubung di sebalik dinding, bahkan ia dapat mengetahui apa yang dilakukan
oleh orang dirumahnya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah kasyaf.
Misalnya jika seorang wali mendatangi rumah seorang yang telah berbuat zina
atau mabuk atau mencuri atau berbuat maksiat, maka wali itu dapat
mengetahuinya, seperti yang terjadi pada Syeikh Ibnu Arabi. Mukasyafah
semacam ini dikhususkan bagi mereka yang hidup secara wara’. Di antaranya
pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui gerak geri orang, misalnya
seorang wali bergerak hatinya ingin bertemu dengan gurunya, maka gurunya
segera hadir di hadapannya.
Ada pula jenis karamah berupa didatangkannya sebuah pohon
kepada seorang wali, kemudian wali itu menikmati buah dari pohon yang hadir
di hadapannya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui
segala jenis batu-batu mulia dan logam-logam mulia yang ada di perut bumi,
meskipun demikian, seorang wali yang diberi karamah jenis ini tidak
memperdulikan sedikit pun tentang harta kekayaan yang terpendam itu.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa ilmu yang
dapat memahami segala ucapan benda-benda yang mati, sehingga seorang wali
yang diberi karamah seperti ini, ia dapat mendengar ucapan tasbih benda-benda
yang mati. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat mengetahui segala
rahsia benda-benda yang hidup. Di antaranya pula ada yang diberi karamah
segala macam ilmu pengetahuan, baik yang berupa ilmu-ilmu zahir mahupun
ilmu-ilmu bathin. Seorang yang diberi karamah berupa ini, ia akan dapat
memahami berbagai macam persoalan dunia dan akhirat. Di antaranya pula ada
yang diberi karamah berupa tingkatantingkatan Al Quthbiyah. Di antaranya pula
ada yang diberi karamah pengetahuan dan kasyaf, sehingga dapat membezakan
mana-mana pendapat mazhab-mazhab yang benar.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat melihat
dan mendengar hal-hal yang ghaib, sehingga antara yang terang dan yang
terselubung tidak ada beza baginya. Di antaranya pula ada yang diberi karamah
dapat berbicara dengan makhluk alam malakut dan dapat mendengar
guratanguratan pena di Lauh Mahfuz. Di antaranya pula ada yang diberi karamah
tidak tersentuh makanan, minuman dan pakaian yang berasal dari hasil syubhat,
apa lagi yang haram. Jenis karamah ini, biasanya si wali diberi tanda
tertentu oleh Allah jika ada makanan, minuman dan pakaian dari hasil syubhat
yang menyentuh dirinya. Di antara yang mendapat karamah macam ini adalah
ibunya Abu Yazid Al Bustami. Setiap kali ia mendapat makanan atau minuman
yang syubhat, maka tangannya berpeluh dan gementar, sehingga ia harus
menjauhi makanan dan minumannya.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah berupa makanan
atau minuman sedikit yang dihidangkan dapat menjadi banyak. Karamah ini
pernah diberikan kepada Syeikh Abu Abdullah At Tawudi ketika ia menyuruh
kawannya ke tukang jahit, maka ia mengeluarkan sepotong kain yang sempit dari
balik bajunya, kemudian ia menyuruh kawannya untuk membawanya ke tukang jahit
seraya berkata: “Dari kain yang sempit ini buatlah pakaian yang cukup untuk
beberapa orang”. Nyatanya kain yang sedemikian sempit itu dapat mencukupi
pakaian untuk beberapa orang.
Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat menjadikan
air masin atau payau menjadi air tawar dan segar. Karamah seperti ini pernah
diberikan kepada Syeikh Abdullah Ibnul Ustad Al Marwazi sahabat Syeikh Abu
Madyan. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat berjalan di atas
udara seperti ketika ia berjalan di atas bumi. Di antaranya pula ada yang
diberi karamah dapat berkata-kata dengan makhluk alam arwah, sehingga ia
dapat mengetahui keadaan mereka yang sudah wafat, walaupun telah wafat
bertahuntahun. Di antaranya pula ada yang diberi karamah dapat melenyapkan
dirinya dari alam wujud ke alam ghaib, sehingga ia dapat menghilang dari
suatu majlis tanpa pengetahuan mereka yang hadir. Di antaranya pula ada yang
diberi karamah dapat melangkahi bumi yang luas hanya dengan satu langkah atau
hanya dengan sekejap mata, sehingga ia dapat solat Zuhur di Mekkah, kemudian
solat Asar di tanah kelahirannya.
Inilah beberapa contoh karamah yang diberikan oleh Allah
kepada para wali Allah untuk membuktikan kekuasaan Allah pada para makhluk
Allah yang tidak percaya akan wujudnya karamah.
MENGAPAKAH KITA MESTI MENGENALI WALI ALLAH DAN KARAMAH
MEREKA?
Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman :
‘Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat
pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.’
(Yusuf : 111)
Kandungan Al-Quran berkisar mengenai keseluruhan aspek
kehidupan termasuk hukum, peradaban, perekonomian, kisah-kisah dan banyak
lagi. Antara isi yang terkandung di dalam Al-Quran merupakan kisah-kisah
kehidupan para Nabi-Nabi, kehidupan ummat-ummat terdahulu serta
pengajaran-pengajaran yang terdapat didalam kisah mereka.
Apabila kita membahaskan tentang kewalian serta karamah
mereka, tidak mungkin kita mengenepikan kepentingan kehidupan para Nabi dan
Rasul serta Mukjizat-mukjizat mereka. Terkenanglah kita kepada kisah Nabi
Musa serta tongkat dan cerita terbelahnya Sungai Nil. Tak lupa juga kita
Allah s.w.t. menggambarkan dengan begitu nyata sekali penggambaran
perbicaraan semut yang didengari oleh Nabi Sulaiman a.s. Kisah Nabi Khidhir
dan cara beliau menuntun Nabi Musa menjadi iktibar kepada kita. Maka tentu
sekali, selepas kisah-kisah mereka kita hayati, kita berkunjung pula kepada
kisah-kisah manusia awam yang telah digambarkan Allah s.w.t. di dalam
Al-Quran dengan kelebihan serta karomah mereka. Kisah Siti Mariam serta
makanan yang dihidangkannya, kisah Ashabul Kahfi dan tidur mereka yang lama
dan banyaklah kisah yang lain. Maka jika Al-Quran telah mengisikan
kisah-kisahnya dengan mereka, maka menjadi kewajiban kitalah mengenali
orang-orang yang dicontohi Al-Quran sebagai mereka yang soleh yang dikasihi
Allah s.w.t.
Maksud ini, membuktikan kepentingan mengenali para kekasih
Allah serta keperibadian dan kelebihan mereka. Ajakan Nabi Muhammad s.a.w.
kepada Saidina Umar dan Saidina Ali untuk mencari Uwais Al-Qarni menguatkan
kepentingan mengenali mereka yang dekat dengan Allah. Imam Al-Ghazali,
Hujjatul Islam sendiri, menggalakkan berteman dengan mereka yang dekat dengan
Allah serta mengikuti peribadi mereka. Kehidupan para ulama termasyhur
seperti Syekh Abdul Qadir Jailani, Imam As-Syafi’e dan lain-lain membuktikan
kepada kita kepentingan mengenali orang-orang soleh serta karamah mereka yang
merupakan pemberian murni dari Allah s.w.t. disebabkan kesolehan,
keperibadian dan perjuangan mereka.
KESIMPULAN
“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak
ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Mereika
itu adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Dan bagi
mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan akhirat”
Terceduklah sudah sedikit dari khazanah Allah s.w.t.
didalam kita membicarakan kehidupan para wali Allah serta karamah mereka.
Mungkin kini, selepas ilmunya dapat kita ceduk, marilah kita bertafakkur,
berusaha serta menghulurkan tangan kita kepada Allah s.w.t. supaya kita ini
tergolong dalam golongan mereka yang mengenali wali-wali Allah dan
mendapatkan inayah Allah mendekati diri kepada Allah s.w.t.
|
0 Response to ""Mengenal Wali-Wali Allah & Karomah Mereka""
Post a Comment